Tuesday 22 January 2013

JOm bercerita( kisah kala jengking)




 Kisah daripada Zin-Nun Al Mashri.......

Ketika Zin Nun Al-Mashri sedang bersiar-siar di tepi sungai Nil, dia terserempak dengan seekor kala jengking yang besar dan merayap dengan cepatnya...Dia segera mengambil batu dan ingin membunuhnya tetapi kala jengking itu melarikan diri.

Kala jengking itu ingin menyelamatkan dirinya hingga terjatuh ke dalam sungai Nil. Tiba-tiba seekor katak timbul dari dalam sungai dan kala jengking itu segera melompat ke atas belakang katak tersebut.. Katak kemudian pergi ke tebing sungai Nil dan meninggalkan kala jengking tersebut di situ..

Zin-Nun Al Mashri mengekori kejadian tersebut...Selepas kala jengking itu turun ke tebing, kala jengking itu menghilangkan dirinya. Zin Nun mengikuti jejak kala jengking tersebut hinggalah dia tiba ke sebuah pondok kecil.

Dia melihat ke dalam pondok tersebut terdapat seorang lelaki yang sedang mabuk. Zin Nun terkejut kerana dengan tiba2 datang seekor ular ingin mematuk lelaki tersebut. Ketika ular tersebut ingin mematuk lelaki terbabit, muncul kala jengking besar tadi dan kala jengking tersebut berlawan dengan ular tadi sehingga ular tersebut mati digigit kala jengking.

Zin Nun sangat takjub melihat peristiwa tersebut dan bersyukur pada Allah kerana telah mengelakkan dia dari membunuh kala jengking tersebut.

Zin Nun segera mengejutkan lelaki mabuk itu. Lelaki itu tersedar dan terkejut melihat ular disisinya dan ingin melarikan diri tetapi dihalang oleh Zin Nun. Zin Nun segera mencerikan segalanya pada lelaki tersebut dan lelaki itu kagum mendengar cerita Zin Nun.

Lelaki tadi mula insaf lalu mengangkat kepalanya dan bermunajat pada Allah sambil air mata jatuh berderai dengan berkata:

"Begitu rahmat Engkau terhadap hambaMu. Aku yang selalu menderhakaiMU. Engkau selamatkan aku dari bahaya yang boleh membinasakanku padahal aku sedang mabuk dan melanggari perintahMU.  Apakah pula rahmat yang Engkau berikan jika aku taat padaMU? Sesungguhnya saya manusia yang tidak mengenang budi!"

"Ya Allah ya tuhanku,Tuhan yang Maha Agung Maha Mulia, aku berjanji padaMu, mulai hari ini aku akan menjaga diriku dan takkan menderhakai diriMu lagi"

Lelaki tersebut berterima kasih pada Zin Nun kerana  kisahnya mampu membuat lelaki tersebut insaf dan bertaubat pada Allah........

PENGAJARAN : Segala peristiwa yang berlaku ada hikmat disebaliknya. Bergantung pada kita untuk melihat hikmat tersebut atau tidak..Dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun...Sejahat mana kita, Allah masih sayangkan kita, bayangkan jika kita berbuat baik pada Allah....Sampai bila kita mahu melakukan maksiat pada Allah yang sentiasa melindungi kita setiap hari tanpa kita sedari? renung2kan.....

No comments:

Post a Comment