Friday 11 January 2013

Jom bercerita (Tapak sulaiman)


Petang kelmarin aku terbaca majalah solusi, terbacalah pada satu cerita pendek dalamnya yang cukup memberi pengajaran pada kita sebagai seorang hamba Allah yang ingin berjaya di dunia dan di akhirat. Moga cerita ini jadi pengajaran pada kita semua.........


TAPAK SULAIMAN
Seorang lelaki bersiar-siar di tepi pantai pada satu pagi yang indah. Ombak menghempas ke gigi pantai, membawa bersama-sama umang- umang dan tapak sulaiman tersadai di pantai.

Agak banyak tapak sulaiman yang tersadai berbanding umang2 yang lebih mampu berdikari bersembunyi  dalam timbunan pasir bagi mengelak terik matahari.

Melihat keadaan itu, lelaki tersebut mengumpul seberapa banyak tapak sulaiman yang mampu diraupnya. Kemudian dilemparkan semula ke dalam laut. Begitulah lagaknya sepanjang bersiar-siar di tepi pantai tersebut.

Seorang  nelayan tua melihat gelagatnya dan bertanya kepadanya,”Apa yang anak sedang lakukan ni?”
“Saya cuba selamatkan tapak sulaiman ini yang tak mampu pergi semula ke laut dari matahari panas”,jawapnya.

“Pakcik rasa ia takkan membantu pun. Berapa ekor sangatlah yang mampu kamu selamatkan?”,soal nelayan tua tersebut.

“Semua yang tersadai tak mampu saya selamatkan ,pakcik. Tapi paling tidak, yang saya lemparkan ke laut mampu teruskan hidup”, jawap lelaki tersebut.

Pengajaran : Kejayaan yang besar bermula dengan usaha yang kecil. Kegemilangan esok hari adalah bermula dengan langkah kecil pada hari ini.

No comments:

Post a Comment