Thursday 4 April 2013

Jom bercerita(Baik luaran adakah bermaksud baik dalaman?)


Kedai runcit Pak Ali

“Malam ini abi ada satu cerita. Fatimah dan Amin nak dengar tak?” Rutin harian, selepas solat maghrib berjemaah. Halaqah bersama anak-anak dan isteri. Memberi tazkirah. Semoga terdidik menjadi insan yang cintakan ilmu agama.

“Nak, abi.” Jawab mereka, serentak. Comel. Ummi pula tersenyum.

Ada sebuah kedai runcit kepunyaan Pak Ali. Pada suatu hari, lelaki A menghampiri kedai Pak Ali. Dia berpakaian kemas. Memakai kemeja. Segak penampilannya. Rambut tersisir rapi. Dia membeli barang.

Pak Ali : Semuanya lapan ringgit.
Lelaki A : Ok, ini duitnya. Terima kasih. Assalamualaikum.

Lelaki tersebut pergi, dan memberikan senyuman. Pak Ali membalas senyuman tersebut. Dia juga kelihatan gembira, sambil memuji lelaki itu. “Hensem lelaki tu. Nampak baik. Sopan santun. Anak siapa ye? Untung ibu bapanya.”

Tak lama kemudian, lelaki B menuju ke arah kedai Pak Ali. Selekeh pemakaiannya. Seluar terkoyak di lutut. Baju kotor. Rambut tidak terurus. Meluat melihatnya. Lelaki tersebut membeli sedikit barang.

Pak Ali : Semuanya enam ringgit.
Lelaki B : Ok. Nah duit.

Lelaki tersebut terburu-buru pergi. Kali ini, berbeza. Pak Ali tidak memberikan senyuman. Mengerutkan dahinya. “Hmm, teruknya lelaki tu. Selekeh. Anak siapa lah ni.”

Di penghujung jalan, kelihatan dua orang lelaki bertemu. Lelaki A dan lelaki B. Mereka bersahabat rupanya!

Lelaki A : Tak sia-sia aku pakai kemeja. Orang lebih percayakan aku. Senang juga aku nak curi barang di kedai runcit.
Lelaki B : Betul tu. Apabila aku berpakaian selekeh sebegini, ramai memerhatikan aku. Tidak berpuas hati. Seolah-olah aku pencuri.

Pengajaran disebaliknya

Cari hikmah di sebalik cerita ini. Abi tidak maksudkan bahawa lelaki berpakaian kemeja adalah jahat dan lelaki berpakaian selekeh adalah baik. Tetapi, pengajarannya adalah jangan cepat menilai seseorang berdasarkan outside appearance semata-mata.

Masyarakat kini. Mudah menilai seseorang berdasarkan outside appearance. Berjubah, berbaju melayu, berbaju kurung, terus dikatakan baik. Namun jika memakai seluar jeans, t-shirt, dinilai sebagai kurang baik. 

Boleh jadi betul, boleh jadi salah penilaian kita. Kita tidak mampu menilai inside appearance kerana kita tidak mampu membaca isi hati seseorang. Persoalannya, adakah outside appearance melambangkaninside appearance secara 100% atau total?

Tak dinafikan. First impression atau outside appearance sangat penting, terutamanya dalam urusan yang melibatkan temuduga. Interview kerja atau memohon biasiswa. Wajar untuk kita berpakaian kemas, tampil segak bergaya. Kerana apa? Bagi memberi first impression yang baik kepada penemuduga. Supaya kita menjadi benar-benar layak di mata mereka.  Berkeyakinan.

Itulah sifat manusia. Terbatas. Penemuduga tidak mampu menilai inside appearance seseorang. Boleh jadi yang hadir ke temuduga, berniat kurang baik. Jadi, kita mampu untuk berlakon baik di hadapan penemuduga. Tetapi, bagaimana dengan Allah? Adakah kita mampu berlakon baik sepanjang masa di hadapan Allah?

Tak mampu berlakon selama-lamanya

Allah mampu menilai inside appearance seseorang. Tahu niat baik dan buruk seseorang. Maka, mungkin kita boleh berlakon baik di hadapan manusia. Tetapi, kita tidak akan sesekali mampu berlakon baik di hadapan Allah!

Maka, janganlah memilih untuk berlakon menjadi baik di mata manusia. Tetapi, pilih untuk terus menjadi baik. Bukan sahaja di mata manusia, tetapi juga Allah. Boleh jadi, orang yang kelihatan hina di mata manusia, tetapi tinggi darjatnya di hadapan Allah.

Namun, jangan tersilap. Pentingnya inside appearance, bukan bermaksud outside appearance tidak penting! Mungkin ada yang berfikiran bahawa “Biarlah aku selekeh, asalkan hati aku ikhlas dan baik di hadapan Allah.” Perlu diingat bahawa kedua-duanya sama penting.

Contoh lain pula adalah dari segi beramal. Cuba periksa diri kita. Tanda riak ada 3 perkara. Malas beramal jika bersendirian. Rajin beramal jika dalam ramai. Menambah amalan jika dipuji dan menguranginya jika dicela.

Nampak baik di mata manusia, tetapi tidak di hadapan Allah. Ingatlah, menjadi baik bukan hanya boleh dibuat-buat atau dilakonkan, tetapi ianya adalah satu pilihan. Jadi, pilih untuk utamakan inside appearance dan outside appearance. Bukan hanya salah satu.

Sebagai manusia yang mempunyai sifat yang terbatas, janganlah pula kita cepat menilai seseorang berdasarkan luaran semata-semata. Selidik dahulu hati budi seseorang. Kerana, boleh jadi seseorang kelihatan baik di luar, tetapi kita tidak tahu isi hatinya. Bukan bermaksud berprasangka buruk, tetapi meletakkan satu garis panduan supaya kita lebih berhati-hati dalam menilai seseorang.

Yang mana jadi pilihan

“Ok, Amin nak jadi seperti lelaki A atau lelaki B?” Abi menimbulkan persoalan kepada Amin, supaya beliau aktif berfikir.

“Hmm, Amin tak nak jadi seperti kedua-dua lelaki itu. Amin nak jadi diri Amin sendiri. Baik luar dan dalam. Amin nak Allah sayang Amin.” Jawab Amin. Santai gayanya.

Semoga keluarga abi sentiasa berada dalam rahmat Allah. Semoga kami sentiasa ditarbiah menjadi insan yang bukan sahaja baik di luar, tetapi juga baik di dalam. Semoga Allah redha.

-dipetik dari

2 comments:

  1. ustz..apa pndpt ustz berkenaan dgn kata2 ni.."don't judge the book by it's cover"?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata2 ni amat sesuai digunakan untuk cerita kat atas ni...terima kasih kerana berkongsi..tetapi kadang2 pemilihan cover buku amat penting bagi meluahkan isi yang terdapat di dalam sesebuah buku. Sama juga bagi seseorang mnusia, seorang doktor yang ingin merawat pesakit datang dengan berseluar pendek dan berbaju singlet..Adakah pesakit akan mempercayainya bahawa dia adalah seorang doktor? Perpeksi pesakit akan berubah, kepercayaannya akan hilang..Sesungguhkan pandangan manusia tak mampu menembusi jauh kedalam sudut hati manusia. Dan juga menjadi lumrah alam di mana sikap BERHATI2 dalam diri manusia tatkala melihat outside appearance seseorang. Kesimpulannya, kedua2 belah pihak perlu memainkan peranan, jaga pakaian, hati2 dengan pandangan...manusia tidak mampu menipu untuk selamanya.....

      Delete