Saturday 13 April 2013

Jom Bercerita (Bagaimana memilih sahabat?)



"Kenapa dengan kamu ni Zaid? Hari ni kamu cukup berubah, dengan pakaiannya yang sopan dan perangainya macam orang alim. Kamu dan buang tabiat ke ni Zaid?" kata Wan yang ketika itu agak terkejut dengan perubahan yang berlaku pada sahabatnya.

"Entahlah Wan, aku rasa dan bosan hidup macam dulu. Duduk melepak sana sini. Tiada hala tuju. Aku ingat nak belajar agama lah." Zaid menjawab soalan kawannya.

"Ish! kau ni Zaid. Tak bestlah kalau kau macam ni. Siapa nak temankan aku lepak lepas ni. Bosanlah aku kalau sorang-sorang. Tak yah lah kau nak hipokrit. Jadi diri kau yang sebenar Zaid. Buat apa nak berubah? Bagi aku Zaid dulu lebih baik. Dapat sembang-sembang, lepak-lepak. Kita masih mudalah Zaid.  Terlalu awal untuk berubah." Wan cuba menghasut Zaid.

Memilih sahabat.

Sahabat amat penting dalam membentuk diri dan sahsiah seseorang individu. Sebagaimana nabi SAW telah bersabda:

Ertinya: Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu hendaklah seseorang  kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat.
                                                                       (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan Baihaqi)


"Malaikat maut mengambil nyawa tanpa mengenal usia Wan. Cukuplah setakat ni Wan. Jomlah kita berubah. Aku rasa hidup aku macam sia-sia sahaja. Aku tak nak waktu muda aku terbuang dengan sia-sia. Aku tak nak terus menambah dosa." Zaid cuba menasihati sahabatnya itu.

"Ahh! Tak mahulah aku. Aku ingin bebas. Usia aku masih panjang. Tua-tua nanti aku taubatlah. Buat apa hidup macam orang tua, hari-hari pergi masjid. Bosanlah." Wan berkeras dengan pendapatnya.

"Wan, macam mana kau tahu usia kau masih panjang? Ada malaikat ke datang jumpa kau bagitau usia kau masih panjang? Takda kan? Kenapa pula kau kata pergi ke masjid macam orang tua? Takkan nak tunggu berkaki tiga(bertongkat) baru nak datang ke masjid? " Zaid cuba menasihati Wan dengan pertanyaan.

Erti Persahabatan.

Nabi SAW telah bersabda :

Ertinya : "Perumpamaan dua orang saudara itu ialah seperti kedua belah tangan, dimana satu membasuh yang lain."

Nabi SAW pernah masuk kedalam hutan lalu beliau mengambil dua bilah kayu miswak yang satu bengkok dan yang satu lagi lurus. Dan bersama Rasulullah ketika itu ialah beberapa orang sahabatnya. Lalu nabi SAW memberikan kepada salah seorang sahabatnya kayu miswak yang lurus dan baginda menahan kayu miswak yang bengkok untuk kegunaan sendirinya. Maka sahabatnya lalu berkata " Ya Rasulullah, sebenarnya engkau lebih layak untuk mengambil kayu miswak yang lurus ini daripadaku".

Nabi SAW bersabda lagi :

Ertinya : " Tidak bersahabat dua orang sahabat kecuali yang lebih dicintai disisi Allah ialah orang yang lebih lemah lembut dengan sahabatnya.


"Haha, sampai ke malaikat pula kamu ni Zaid. Aku ni muda lagi, penyakit pun tiada lagi. Kalau aku taubat sekarang pun, nanti aku buat dosa balik. Tiada gunanya Zaid. Baik kita enjoy. Sia-sia Allah bagi usia muda pada kita." Jawab Wan.

" Kau pernah lihat bahagian bawah kuali tak?" Tanya Zaid.

"Pernah. Kenapa?" 

"Hati kita umpama bahagian bawah kuali itulah, ketika masih baru, ianya kelihatan bersih, tapi lama-kelamaan akan mula kehitaman. Dan apabila dibasuh, sukar untuk menghilangkan kehitaman itu kerana ketebalannya. Begitu juga dengan hati muda kita ni. Apabila dah tua, hati dah terlalu hitam untuk dibersihkan. Adakah Allah akan menerima taubat kita ketika itu?", Zaid cuba menasihati Wan dengan penuh berhikmah supaya dapat melembutkan hatinya.



Ramai remaja pada zaman sekarang telah terkandas gara-gara salah dalam memilih sebuah persahabatan. Kebanyakan mereka memilih sahabat untuk bergembira, untuk berseronok, untuk melepaskan hawa nafsu, tetapi jarang sekali memilih sahabat untuk nasihat-menasihati. Kadang-kadang apabila nasihat diberi, ada yang sanggup putus sahabat.

Kenapa semua ini terjadi? Sedangkan Allah telah memberi pada kita semua akal fikiran untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu keputusan..Di dalam kitab Bidayatul Hidayah karangan imam Ghazali ada menerangkan terdapat 5 cara untuk memilih sahabat:

1- Sahabat yang berakal

Bersahabat dengan orang yang bodoh, menyakitkan hati.

2- Sahabat yang baik akhlaknya.

Janganlah bersahabat dengan orang yang buruk perangainya, pemarah,

3-Sahabat yang soleh.

Janganlah bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa besar.  

4- Sahabat yang tidak tamak pada dunia.

Bersama dengan orang yang tamak dunia, akan menyebabkan kamu akan turut tamakkan dunia.

5- Sahabat yang benar.

Jangan bersahabat dengan penipu. Kemungkinan mereka akan menipu kita di suatu hari kelak. 

"Ya Allah, betul ke macam ni Zaid? Tak nak lah aku, hati hitam macam tu.Ciri-ciri sahabat yang kau sebut tu ada tak dalam diri saya? hehe.. Dah nak masuk waktu mahgrib ni. Jom kita pergi masjid sama-sama. Betul juga kata kamu Zaid. Dari aku duduk lepak-lepak kat tepi jalan ni, baik aku pergi lepak kat masjid. Banyak juga faedahnya aku dapat. JOM KITA PERGI MASJID!".....


KESIMPULANNYA :

Seorang sahabat mampu mengubah diri seseorang individu. Baik dan buruknya sahabat itu akan mempengaruhi diri seseorang. Yang lemah biasanya akan tersungkur, jika iman diri terasa lemah, jauhilah sahabat yang sentiasa membawa kemungkaran, dan jika iman itu kuat, sebaiknya, bimbinglah sahabat kita yang kekeliruan itu..Sesungguhnya Islam itu bersaudara..Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua...wassalam...


No comments:

Post a Comment