Saturday 20 July 2013

Tiramisu

Tiramisu adalah pencuci mulut yang berlapis, yang terdiri daripada lapisan rendaman Savoiardi(ladyfinger) iaitu biskut manis dalam kopi  dan campuran keju mascarpone, telur dan gula.
Untuk menyediakan lapisan biskut itu, Savoiardi direndam di dalam espresso atau kopi yang kuat.
Untuk lapisan keju mascarpone, campuran kuning telur dan gula disediakan, Campuran ini dicurah ke seluruh rendaman biskut kopi . lapisan demi lapisan dibuat dan diakhiri dengan taburan serbuk koko.
Banyak variasi untuk Tiramisu wujud. Sesetengah tukang masak menggunakan kek span, roti, seperti panettone.

Terjemahan nama Itali, tiramisu' (tirami su') bermaksud "pick-me-up" (metafora, "membuat saya gembira"). Ini mungkin merujuk kepada kafein dalam espresso dan kesan koko digunakan dalam resipi.


Tiramisu!!!!Ittadakimas...Saya ingat tiramisu dari jepun, rupanya Itali..


Ice Cream Coffee Feeling!!! Yum2


Ni tiramisu untuk birthday abg saya...


Tiramisu sebelum dihias



Cari cari cari, kebanyakkan resepi yang saya jumpa menggunakan creamcheese. Kebetulan creamcheese xde. Jadi saya tak guna creamcheese. Saya hanya gunakan gelatin HALAL. Brand HALAGEL. Best..TIP TOP..Feel like ice cream coffee...


Sekali ngap...dah tinggal banyak ni




Resepi (nak mudah beli jer kek butter kedai)
Bahan2 kek:


230g butter(salted)- lembutkan-saya guna marjerin je
200g telur tanpa kulit(4 biji gred B)
50g+150g gula kastor.
200g tepung naik sendiri - ayak
60g susu segar/wholemilk (saya guna tepung susu je)
1 sudu kecil esen vanilla
loyang 8x8"(saya guna 6" bulat je.)-yang lebih saya buat muffin


Mousse Coffee (Buat 1 1/2 adunan baru cukup)

100g whipping cream
1 biji telur gred C(asing kuning dan puteh)
5g gelatin + 3 sudu besar air panas(kacau hingga gelatin larut dalam air)
2 paket Serbuk coffee (saya pakai coffee Radix)


Cara Buat Kek : 

1- Panaskan oven pada 170c. Loyang 8x8" dan sapu marjerin pada sekeliling loyang.

2- Asingkan kuning dan puteh telur. Masukkan puteh telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang. Masukkan 50g gula dan pukul hingga tidak jatuh apabila diterbalikkan.

3- Pukul mentega dan 150g gula hingga kembang dan masukkan vanilla. Ketepikan.

4- Masukkan telur kuning telur satu persatu. Pukul

5- Masukkan tepung dan susu berselang seli sambil putar.

6- Masukkan separuh puteh telur dan gaul bersama kuning telur. Putar perlahan.

7- Masukkan baki puteh telur dan kaupbalik menggunakan spatula. 

8- Tuang adunan dalam loyang. Bakar selama 45 minit pada suhu 170c, Kurangkan suhu dalam 5minit terakhir. 


Cara Buat Mousse:

1- Putar puteh telur dan gula hingga kembang.
2- Campurkan gelatin yang dah dicairkan ke dalam telur kuning. Kacau sebati
3- Putar whipping cream guna mixer sama hingga kembang.
4- Campurkan kuning telur dan puteh telur. Kaupbalik hingga rata.
5- Campurkan sepaket serbuk coffee Radix dan whipping cream yang diputar ke dalam adunan puteh telur.
6- Kaup balik hingga rata.

Cara Membuat tiramisu:

1- Potong kek kepada 3 bahagian.\
2 - Mula-mula basahkan kepingan pertama dengan air bancuhan coffee. 
3 - Letakkan mousse keatas kepingan tadi. Ratakan. Letakkan kepingan kedua.
4 - Ulang langkah hingga selesai.
5 - Masukkan dalam chiller sehingga mousse mengeras.
6 - Keluarkan kek dan tabur dengan serbuk koko. 
7 - Dan hias sekeliling kek dengan Ladyfinger Klik untuk resepi mudah Ladyfinger
8 - Ikat dengan reben. Sedia dimakan. 


No comments:

Post a Comment