Saturday 6 April 2013

Jom bercerita(Erti kasih sayang)






Erti kasih sayang

Kereta diparkir di sebelah kedai runcit. Abi ingin membeli barangan dapur, seperti yang dipesan ummi. Fatimah iaitu anak pertama abi juga ikut serta. Ingin bantu mengangkat barang, katanya. Abi gembira. Dari sudut positif, beliau sudah mempunyai keinginan untuk membantu orang tua, sungguhpun baru berusia 5 tahun.

Banyak juga barang yang dibeli. Untung abi dibantu Fatimah. Namun, abi hanya membenarkan Fatimah mengangkat barang yang ringan, kerana beliau masih kecil. Abi membelikan lollipop kepadanya, sebagai tanda penghargaan. Jarang abi membelikan gula-gula kepada anak-anak abi, samada Fatimah mahupun Amin. Hanya sekali-sekala.

Sebagai ibu bapa, biasakan diri untuk mendidik anak supaya membantu ibu bapa, sungguhpun mereka masih kecil. Dalam masa yang sama, hargai usaha mereka. Maka mereka akan rasa disayangi. Didik anak-anak dengan kasih sayang, bukan dengan paksaan.

Sejurus selepas keluar dari kedai, Fatimah berhenti. Mata tertumpu pada anak kucing yang berada dihadapannya. Comel. Putih coklat warnanya. Namun, kasihan melihat keadaannya. Kurus. Seakan-akan sudah lama tidak makan. 

“Abi, hmm… Fatimah nak duit boleh tak?” Beliau bersuara.

Abi hairan. Mengerutkan dahi. Fatimah tidak pernah meminta duit sebelum ini. “Hmm, Fatimah nak buat apa?”

“Fatimah nak beli sesuatu. Dalam RM 5 sahaja.” Fatimah seakan-akan merayu.

“Ok, abi percayakan Fatimah. Ambil duit ini,” kata abi, sambil memberikan senyuman.

“Terima kasih abi. Sayang abi.” Fatimah bergegas ke dalam kedai runcit semula. Beberapa minit kemudian, beliau keluar.

Abi terharu. Fatimah membeli makanan kucing. Setelah membuka penutup bekas makanan kucing itu, Fatimah segera memberikan kepada anak kucing tadi. Anak kucing tadi seakan-akan gembira, sambil mengiau dan menggerakkan-gerakkan ekornya. Tanda ucapan terima kasih daripada seekor kucing, barangkali. Fatimah mengusap-usap badan anak kucing itu. Manja. Penuh dengan sentuhan kasih sayang.

“Kasihan anak kucing ini. Dia juga makhluk Allah. Kalau nak Allah sayang, kita pun kena sayang makhluk Allah, macam anak kucing ini. Kan abi juga yang ajar Fatimah. Ok abi, jom. Nanti bila Fatimah sudah besar dan bekerja, fatimah ganti semula duit abi.” Hujah Fatimah. Petah bicaranya.

Abi seakan-akan mahu menitiskan air mata. Bukannya sedih kerana kehilangan RM5. Tetapi terharu dengan perbuatan Fatimah. Subhanallah. Sungguhpun masih kecil, beliau mempunyai sifat kasih sayang terhadap makhluk Allah yang lain. Abi memeluk Fatimah. Pelukan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Abi bersyukur dikurniakan anak yang pintar. Abi tidak merasa malu sungguhpun dinasihati oleh anak abi sendiri. Sungguhpun dia masih kecil. Banyak abi belajar daripadanya.

Kurangkan ego dalam diri

Ego. Sifat yang sukar dihapuskan dalam diri seseorang yang bergelar manusia. Merasakan “hanya akulah yang terbaik” atau “hanya pendapat aku yang betul”. Membuatkan kita sukar menerima kebaikan orang lain. Sukar menerima pendapat orang lain.

Tatkala dinasihati, kita memekakkan telinga. Tidak mengendahkan kebaikan tersebut. Lebih malang lagi apabila ada yang mengherdik, ketika diberikan nasihat.

Tambahan pula, kebaikan dan pendapat tersebut daripada seorang anak kecil. Sudah pasti kita akan merasakan harga diri kita diinjak! Maruah kita jatuh kerana dinasihati anak kecil! Sungguhpun perkara tersebut mendatangkan kemaslahatan pada diri kita, kita menolak hanya kerana dia masih kecil dan tidak layak menasihati.

Betulkah tindakan kita?

Cuba fikir sejenak. Kita dilahirkan di dunia lebih awal berbanding anak kecil. Jadi, bukankah kita lebih berpeluang melakukan dosa lebih banyak daripada anak kecil itu? Maka siapakah yang lebih baik, adakah kita atau anak kecil tersebut?

Boleh jadi, kita lebih banyak dosa. Maka, mengapa perlu ego? Adakah layak untuk kita merasakan diri kita lebih hebat daripada anak kecil tersebut?

Jika kita berfikiran sebegitu, nescaya kita akan mudah untuk menerima nasihat orang yang lebih muda daripada kita.

Terima segala yang baik

Dalam suatu kisah, Imam Abu Hanifah menegur seorang budak yang memakai terompah kerana dikhuatiri terpelecok. Setelah itu, budak tersebut berkata; “Engkau Imam Abu Hanifah, kan? Sesungguhnya jika aku terpelecok sekalipun, aku hanya terpelecok di dunia. Tetapi engkau sebagai orang yang berjawatan imam, sekiranya terpelecok disebabkan jawatan engkau, bukan sahaja terpelecok di dunia, tetapi juga di akhirat”. Kemudian, Imam menangis.

Subhanallah! Kisah ini memberi pengajaran yang sangat bermakna. Seorang budak menasihati seorang ulama yang hebat. Tetapi, sekiranya perkara ini berlaku pada diri kita, adakah kita mampu menerima nasihat tersebut? Jika berlaku pada diri kita, kemungkinan besar kita akan berkata “Kurang ajar punya budak. Berani pula dia nasihat aku”.

Muhasabah diri. Kadangkala abi juga pernah merasakan ego abi tercabar, jika dinasihati orang yang lebih muda daripada abi. Tambahan pula abi ini seorang ustaz. Tetapi, sekiranya perkara tersebut mendatangkan kebaikan, mengapa kita perlu merasakan sedemikian?

Ego, keluar kau dari hati ini!

Friday 5 April 2013

Jom ke dapur (Mango Juice with Vanilla Choc)

Selepas sahaja menyelesaikan tanggungjawap yang diperintahkan Allah secara berjemaah, seperti kebiasaan, akan kedengaran bunyi air yang sedang dipanaskan di suatu sudut yang paling saya minati,dapur. Kelihatan adik2 saya sedang sibuk dengan urusan masing-masing.

"Rajinnye adik2 abg ni..buat apa tu?." tanya saya sambil berjalan ke arah mereka. "Tengah buat air untuk abah ni bang. Dan juga air VICO kegemaran saya,hehe." jawap adik saya.

"Ah!! Ulat!!!" tiba-tiba sahaja adik bongsu saya menjerit. Dilemparnya mangga ditangannya ke dalam sinki. "Kenapa ni dik?"

"Ulat bang,adik geli ulat...eee..kita penyek ulat ni abg neh." kata adik bongsu sambil membasuh tangannya yang terkena ulat. "Dik, ulat ni kan makluk Allah. Dia juga nak hidup. Macam mana jika ada orang yang cuba rosakkan buku2 nota adik?" saya tujukan soalan pada adik saya.

"Ish abang ni, mestilah adik marah, buku nota tu penat2 adik siapkan." jawap adik saya.

"Haa..samalah macam ulat ni jugak, macam  mana perasaan Penciptanya kalau barang ciptaanNya ini dirosakkan?"

"Betul ke bang..Baiklah,lepas ni adik takkan buat lagi..Tapi adik tetap geli ngn ulat ni, abng tolong ek."Akhirnya adik mengaku silap. Dalam mengaku kesilapan pun sempat lagi mengambil kesempatan. Cerdik juga adik ni. "Oklah abg tolong adik." Tika menguis membuang isi mangga yang buruk itu telintas dalam fikiran. Mangga dan VICO......

"Hm....Best juga kalau air VICO berperisa mangga..." Tiba-tiba sahaja idea itu muncul di dalam benak fikiran.

Idea datang , bahan2 tersedia, prossessing....Tada!! akhirnya siap satu resepi ntah apa2..Saya letak nama sebagai Mango Juice with Vanilla Choc..Cukup dengan rasa coklat, mangga dan vanillanya..Yummi..



Bahan2

1 biji buah mangga
2 sudu VICO
2 sudu Topping Whipping cream(optional)
2 sudu susu pekat
1 cawan air
sedikit Vanilla
sedikit Ice Cube.


How to make :

1- Campur semua bahan dalam mesin pengisar.
2- Kisar hingga sebati
3- Sedia diminum.





Thursday 4 April 2013

Jom bercerita(Baik luaran adakah bermaksud baik dalaman?)


Kedai runcit Pak Ali

“Malam ini abi ada satu cerita. Fatimah dan Amin nak dengar tak?” Rutin harian, selepas solat maghrib berjemaah. Halaqah bersama anak-anak dan isteri. Memberi tazkirah. Semoga terdidik menjadi insan yang cintakan ilmu agama.

“Nak, abi.” Jawab mereka, serentak. Comel. Ummi pula tersenyum.

Ada sebuah kedai runcit kepunyaan Pak Ali. Pada suatu hari, lelaki A menghampiri kedai Pak Ali. Dia berpakaian kemas. Memakai kemeja. Segak penampilannya. Rambut tersisir rapi. Dia membeli barang.

Pak Ali : Semuanya lapan ringgit.
Lelaki A : Ok, ini duitnya. Terima kasih. Assalamualaikum.

Lelaki tersebut pergi, dan memberikan senyuman. Pak Ali membalas senyuman tersebut. Dia juga kelihatan gembira, sambil memuji lelaki itu. “Hensem lelaki tu. Nampak baik. Sopan santun. Anak siapa ye? Untung ibu bapanya.”

Tak lama kemudian, lelaki B menuju ke arah kedai Pak Ali. Selekeh pemakaiannya. Seluar terkoyak di lutut. Baju kotor. Rambut tidak terurus. Meluat melihatnya. Lelaki tersebut membeli sedikit barang.

Pak Ali : Semuanya enam ringgit.
Lelaki B : Ok. Nah duit.

Lelaki tersebut terburu-buru pergi. Kali ini, berbeza. Pak Ali tidak memberikan senyuman. Mengerutkan dahinya. “Hmm, teruknya lelaki tu. Selekeh. Anak siapa lah ni.”

Di penghujung jalan, kelihatan dua orang lelaki bertemu. Lelaki A dan lelaki B. Mereka bersahabat rupanya!

Lelaki A : Tak sia-sia aku pakai kemeja. Orang lebih percayakan aku. Senang juga aku nak curi barang di kedai runcit.
Lelaki B : Betul tu. Apabila aku berpakaian selekeh sebegini, ramai memerhatikan aku. Tidak berpuas hati. Seolah-olah aku pencuri.

Pengajaran disebaliknya

Cari hikmah di sebalik cerita ini. Abi tidak maksudkan bahawa lelaki berpakaian kemeja adalah jahat dan lelaki berpakaian selekeh adalah baik. Tetapi, pengajarannya adalah jangan cepat menilai seseorang berdasarkan outside appearance semata-mata.

Masyarakat kini. Mudah menilai seseorang berdasarkan outside appearance. Berjubah, berbaju melayu, berbaju kurung, terus dikatakan baik. Namun jika memakai seluar jeans, t-shirt, dinilai sebagai kurang baik. 

Boleh jadi betul, boleh jadi salah penilaian kita. Kita tidak mampu menilai inside appearance kerana kita tidak mampu membaca isi hati seseorang. Persoalannya, adakah outside appearance melambangkaninside appearance secara 100% atau total?

Tak dinafikan. First impression atau outside appearance sangat penting, terutamanya dalam urusan yang melibatkan temuduga. Interview kerja atau memohon biasiswa. Wajar untuk kita berpakaian kemas, tampil segak bergaya. Kerana apa? Bagi memberi first impression yang baik kepada penemuduga. Supaya kita menjadi benar-benar layak di mata mereka.  Berkeyakinan.

Itulah sifat manusia. Terbatas. Penemuduga tidak mampu menilai inside appearance seseorang. Boleh jadi yang hadir ke temuduga, berniat kurang baik. Jadi, kita mampu untuk berlakon baik di hadapan penemuduga. Tetapi, bagaimana dengan Allah? Adakah kita mampu berlakon baik sepanjang masa di hadapan Allah?

Tak mampu berlakon selama-lamanya

Allah mampu menilai inside appearance seseorang. Tahu niat baik dan buruk seseorang. Maka, mungkin kita boleh berlakon baik di hadapan manusia. Tetapi, kita tidak akan sesekali mampu berlakon baik di hadapan Allah!

Maka, janganlah memilih untuk berlakon menjadi baik di mata manusia. Tetapi, pilih untuk terus menjadi baik. Bukan sahaja di mata manusia, tetapi juga Allah. Boleh jadi, orang yang kelihatan hina di mata manusia, tetapi tinggi darjatnya di hadapan Allah.

Namun, jangan tersilap. Pentingnya inside appearance, bukan bermaksud outside appearance tidak penting! Mungkin ada yang berfikiran bahawa “Biarlah aku selekeh, asalkan hati aku ikhlas dan baik di hadapan Allah.” Perlu diingat bahawa kedua-duanya sama penting.

Contoh lain pula adalah dari segi beramal. Cuba periksa diri kita. Tanda riak ada 3 perkara. Malas beramal jika bersendirian. Rajin beramal jika dalam ramai. Menambah amalan jika dipuji dan menguranginya jika dicela.

Nampak baik di mata manusia, tetapi tidak di hadapan Allah. Ingatlah, menjadi baik bukan hanya boleh dibuat-buat atau dilakonkan, tetapi ianya adalah satu pilihan. Jadi, pilih untuk utamakan inside appearance dan outside appearance. Bukan hanya salah satu.

Sebagai manusia yang mempunyai sifat yang terbatas, janganlah pula kita cepat menilai seseorang berdasarkan luaran semata-semata. Selidik dahulu hati budi seseorang. Kerana, boleh jadi seseorang kelihatan baik di luar, tetapi kita tidak tahu isi hatinya. Bukan bermaksud berprasangka buruk, tetapi meletakkan satu garis panduan supaya kita lebih berhati-hati dalam menilai seseorang.

Yang mana jadi pilihan

“Ok, Amin nak jadi seperti lelaki A atau lelaki B?” Abi menimbulkan persoalan kepada Amin, supaya beliau aktif berfikir.

“Hmm, Amin tak nak jadi seperti kedua-dua lelaki itu. Amin nak jadi diri Amin sendiri. Baik luar dan dalam. Amin nak Allah sayang Amin.” Jawab Amin. Santai gayanya.

Semoga keluarga abi sentiasa berada dalam rahmat Allah. Semoga kami sentiasa ditarbiah menjadi insan yang bukan sahaja baik di luar, tetapi juga baik di dalam. Semoga Allah redha.

-dipetik dari