Thursday 18 April 2013

Jom bercerita (Kerana sebuah cinta-part 1)




Suatu hari di bandar Kuala Terengganu.

"Zul, zul, bagi rokok kau sebatang. Aku lupalah nak beli tadi." pinta Fadhli pada sahabatnya, Zulhairi. Mereka merupakan sahabat baik sejak dari kecil lagi. Mereka berasal dari sekolah agama tetapi disebabkan faktor alam persekitaran dan sosial yang berlebihan, mereka akhirnya terbabas dari rel keretapi yang mereka naiki. Perjalanan mereka berdua cukup berbeza dari apa yang telah mereka pelajari. Mereka  cukup nakal. Sering mempermainkan orang yang lebih lemah dari mereka terutama sekali kaum hawa. Mereka terlalu inginkan kebebasan. Belajar disekolah agama telah banyak mengongkong mereka. Seusai belajar, mereka nekad ingin berubah.

"Eh, tengok tu Zul..Awek...awek tudung labuh. Jom kita pergi kacau mereka." kata Fadhli sambil menunjukkan jari ke arah dua orang wanita yang baru sahaja keluar dari kedai buku Banggol. "Ikut kau lah Li. Aku dah ada awek. Malaslah aku layan. Awek aku lagi cantik, lagi putih dari mereka." jawab Zul sambil menekan butang send di telefon bimbitnya. "Aku tau lah awek kau cantik, sepadan dengan muka kau yang hensem tu, tapi aku ni tak ada awek lagi, jadi kau temanlah aku Zul." kata Fadhli sambil menarik tangan Zul. Zul tidak berkeras. Diikutnya rakannya itu sambil matanya melihat-lihat pada skrin telefon bimbitnya

"Cepat Zul, diorang nak melintas jalan tu. Kita halang kat depan mereka." kata Fadhli. Setibanya di hadapan mereka, Fadhli memberikan salam."Hai, Assalamualaikum... adik datang dua orang je ke, datang dari mana?" tanya Fadhli tanda pembuka bicara. Tetapi gadis itu tidak menjawab salam. Tengok Fadhli pun tidak.

Fadhli tidak beputus asa, dia cuba lagi. "Saya nak berkenalan dengan awak boleh tak?"

Tetapi mereka tetap mendiamkan diri. Mereka mula melajukan pergerakan kaki. Zul tidak menghiraukan Fadhli. Sebagai seorang sahabat lama, dia sudah biasa dengan Fadhli yang buaya darat tu. Pantang lihat wanita. Fadhli cuba menghalang perjalanan mereka sambil mendepakan tangan sambil berkata," Er...er...Saya nak jadikan awak isteri saya boleh tak?" Wanita tadi tiba-tiba berhenti dan merenung Fadhli. "Jangan ganggu kami, kami bukannya perempuan murahan. Mampu ke kamu nak pimpin kami sedangkan diri kamu sendiri tidak terpimpin? Baiki tulang tunjang kamu yang bengkok dahulu sebelum mencari tulang rusuk kamu yang hilang." wanita tadi akhirnya bersuara. Zul yang sedang leka bermain dengan telefonnya terkejut dan melihat ke arah wanita tersebut. Kata-kata wanita itu seakan-akan satu panahan untuk dirinya. Wanita tersebut mula melangkah meninggalkan Fadhli  dan sempat berpaling kearah Fadhli dan Zul sambil berkata berkata, "Jadilah seorang lelaki yang soleh yang mampu memimpin kaum hawa ke syurga. Waalaikumussalam."

Waktu sekolah(Imbas kembali )

"Zul, kau tengoklah ustazah Husna tu. Cantik kan?" kata rakan sekelas Zul. "Yup cantik dan anggun. Solehah dan taat pada agama. Aku bila besar nanti nak cari isteri macam ustazah lah. Sejuk hati bila lihat isteri macam tu kan......"

"Zul!..Zul!...kenapa dengan kau ni?" tiba-tiba satu suara datang entah dari mana. Zul terjaga dari lamunannya. Dirasakan basah dipipinya. "Kenapa dengan kau ni Zul. Tiba-tiba saja menangis ni? tanya Fadhli yang dari tadi memanggilnya.

"Ah? mana perempuan tadi Li?" tanya Zul.

"Mereka dah pergi Zul, Ah!, lantaklah, mereka sombong." kata Fadhli..

"Ya Allah, kenapa hatiku tiba-tiba berdegup melihat perempuan tadi? Wajahnya tidak secantik teman wanitaku, tapi aku begitu sejuk bila memandangnya. Tenang. Wajahnya penuh dengan cahaya. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa yang telah aku lakukan terhadapMu selama ini." Zul bermonolog sambil mengalirkan air mata. Keinsafan mula meresap dalam dirinya yang selama ini diselami dengan dosa.

Bersambung......
Part 2
Part 3
part 4
part 5 last episde

1 comment:

  1. JT-JT | casino | New Jersey - JT-JT Hub
    JT-JT is the official NJ casino 대전광역 출장안마 brand with the 강원도 출장샵 biggest slots and the biggest tables 강릉 출장샵 in the state! 상주 출장마사지 Visit the JTG 김천 출장샵 casino site.

    ReplyDelete