Saturday 20 April 2013

Jom bercerita(kerana sebuah cinta-part 3)




Suatu pagi di rumah Aliya (imbas kembali)

"Aliya! Aliya! mari tolong ibu nak. Ibu nak cepat ni. Sekejap lagi ibu nak bersiap pergi rumah Mak Teh. Ibu akan tidur dekat sana malam nanti.

"Emm, nantilah ibu, Aliya ada hal ni. Nantilah Aliya tolong ibu!", Aliya mencari alasan. Dia memang seorang gadis yang berat tulang. Sering mencari alasan jika ibu memanggilnya.

Ting ting.....telefon bimbit Aliya berbunyi. Tanda satu mesej masuk. Aliya tersenyum. "Slmt pg, Aliya tgh buat apa tu?" mesej daripada abg Zul, teman lelaki Aliya. "Takde buat apa, baru nak tolong mak kat dapur" Aliya menekan butang send membalas mesej abg Zul.

"Ish anak dara aku sorang ni, pemalas betul la, suruh sikit tak boleh, asyik duduk terperap dalam bilik je," ibu Aliya bermonolog.

Assalamualaikum.. Tiba-tiba satu suara datang dari pintu hadapan rumah. Kelihatan Aisyah dan Nur berdiri di hadapan rumah. "Eh, Aisyah, Nur.. jemputlah masuk." pelawa ibu Aliya.
"Eh, takpelah mak cik. Kami ada urusan kat bandar. Kami nak jumpa Aliya sekejap je, dia kata nak kirim sesuatu," Aisyah menolak pelawaan ibu Aliya dengan penuh lemah lembut. "Sekejap ye, nanti makcik panggilkan Aliya, ALIYA! ALIYA! AISYAH DATANG NI!" jerit ibu Aliya sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Aliya bergegas keluar dari bilik menuju ke hadapan rumah. "Aisyah, kau belikan buku ni ye, saya nak hadiahkan kat seseorang," kata Aliya sambil tersenyum riang. "Aliya....mana tudung kamu?" tanya Aisyah. "Ish, tak payah risaulah pasal tudung, saya keluar rumah kejap je ni. Takde orang pandang pun." jawab Aliya. "Aliya.. dah berapa kali saya bagi nasihat, keluar rumah tutup aurat, bila-bila masa je lelaki ajnabi akan melalui kawasan ni," nasihat Aisyah pada Aliya. "Biarlah, rambut saya cantik, kenapa nak tutup, biarlah lelaki tengok, rambut awak mesti hodoh kan Aisyah, sebab tu awak sentiasa menutupnya.haha.." kata Aliya dalam nada bergurau yang agak kasar.

 "Rambut cantik atau hodoh itu semua ciptaan Allah, tapi perintah menjaganya dari pandangan bukan mahram diwajibkan atas kita semua. Rambut hodoh pun diwajibkan tutup, apatah lagi rambut secantik kamu wahai puteri Aliya", Aisyah tidak mudah diganggu emosi, dia tetap tenang dan terus menasihati sahabatnya secara berhikmah.

"Baiklah, saya pergi dulu Aliya, nanti terlambat pula, kirim salam dekat makcik, Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam," jawab Aliya.


Part 2


Rumah Aisyah


"Jemputlah masuk Aliya. Jangan malu-malu, abi tak ada. dia pergi ke surau solat Asar. Dahlah, jangan bersedih lagi, sesuatu yang berlaku pasti ada hikmatnya." kata Aisyah sambil menarik tangan Aliya menuju ke dalam sebuah bilik.

"Ni bilik saya dengan Nur. Tapi, malam ni Nur tidur dengan ummi, jadi Aliya bolehlah tidur kat atas katil Nur." terang Aisyah secara jelas.

"Terima kasih Aisyah, saya nak menangis puas-puas malam ni." jawab Aliya.

"Dahlah Aliya, kenapa nak dikenang peristiwa yang dah berlalu, sekarang, fikir apa yang kamu nak lakukan pada masa hadapan, change your mind Aliya, jadikan masalah yang kamu hadapi ini sebagai baja yang akan menyuburkan diri kamu, dan bukannya racun yang merosakkan tubuh," Aisyah cuba membantu Aliya mengawal emosinya. Dia cuba memberi semangat kepada Aliya.

Selepas solat Isyak berjemaah, mereka sekeluarga makan malam bersama. Seusai makan, Aisyah ke dapur untuk membasuh pinggan, manakala Nur dan Aliya pula mengemas meja makan. "Mari akak bawa pinggan ni ke dapur Nur," Aliya menawarkan diri. Dia berubah rajin ketika berada di situ. Adakah berpura-pura ataupun ikhlas daripada hatinya. Wallahua'lam, hanya Allah yang tahu. Ketika menghantar pinggan ke sinki dapur, dia memandang rambut Aisyah,"MasyaAllah, cantiknya rambut Aisyah, tidak pernah saya lihat rambut perempuan secantik macam tu, rambutnya seakan-akan bersinar, lembut dan terurus rapi," Aliya bermonolog apabila melihat rambut Aisyah yang terurai.

"Aisyah, ini pinggannya, saya letak di sini ye..." kata Aliya. "Ye, letak je di situ, nanti Aisyah basuh"

Sekali lagi Aliya terkejut melihat lengan Aisyah, selama ini dia tidak pernah melihat lengan Aisyah kerana seringkali ditutup kemas. Sungguh putih dan bersih. "Silap sangkaan saya selama ini yang menyangka lengannya gelap, rupanya saya lebih gelap  daripadanya, ya Allah, adakah ini rupa sebenar wanita solehah? Kenapa aku tidak pernah terfikir mengenainya? Kenapa diriku jauh terpesong dari ajaran sebenar Islam? Ya Allah, ampunilah segala dosaku," Tanpa sedar, Aliya menitiskan air mata keinsafan. Barulah dia sedar yang kewajipan menutup aurat bukannya untuk menutup kehodohan seorang wanita, tetapi menutup kecantikan sebenar hiasan dunia agar tidak tercemar dari pandangan nafsu kaum lelaki. Begitu indah hukum Allah.

Mulai hari itu, dia nekad untuk berubah. Aliya banyak merujuk pada Aisyah mengenai hal ehwal wanita. Kesopanan dan cara hidup seorang muslimah. Dia mulai rajin menolong ibunya, keimanan dalam diri mengubah segalanya, sikap dan emosinya lebih terkawal.

Hari yang dinanti-nanti telah tiba, hari di mana Aisyah dan Aliya akan menyambungkan pelajaran masing-masing. Aisyah akan menyambung pelajaran dalam bidang pengajian Islam, manakala Aliya pula dalam bidang Pendidikan.

bersambung......
Part 4

Part 2
Part 1





No comments:

Post a Comment