Thursday 18 April 2013

Jom bercerita (Kerana sebuah cinta-part 2)



Kedai buku Banggol (imbas kembali)

"Jom kita pulang Kak. Waktu zohor dah hampir. Nanti lambat pulak kita solat zohor., kita perlu sampai kat rumah sebelum azan Zohor," kata Nur kepada Aisyah yang ketika itu sedang leka menilik buku-buku ilmiah. Aisyah mendengar kata adiknya dan memperhatikan jam di tangannya.

 "Astaghfirullah....dah 12.30. Kita dah terlewat ni, marahlah abi nanti. Sekejap ye Nur, Akak nak bayar buku-buku ni dulu," kata Aisyah pada adiknya.

Seusai membayar, mereka melangkah keluar dari kedai buku tersebut. Langkah kaki mereka dilajukan dari kebiasaan kerana mengejar temujanji mereka dengan yang Maha Pencipta, awal waktu Zohor.

"Ditanya nabi SAW apakah amalan yang terbaik. Maka nabi menjawab : SOLAT DI AWAL WAKTU". (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)

Ketika mereka hendak melintas jalan yang agak sibuk, kelihatan dua orang budak lelaki sedang melihat-lihat ke arah mereka. Nur yang mula perasan berkata pada kakaknya " Kak,kak, cuba kak tengok dua orang lelaki tu. Dari tadi asyik lihat kita je. Dah la pakaian diorang menakutkan,"

"Takpelah dik, jangan risau. Allah kan ada bersama kita. Jom kita melintas, dah takde kereta dah ni." Aisyah cuba menenangkan adiknya sambil menarik tangan Nur untuk melintas.

Tiba-tiba tanpa disangka-sangka.......

Dua orang lelaki tadi datang ke arah mereka. Seorang sedang sibuk melayan telefon bimbitnya, manakala seorang lagi semakin dekat menghampiri mereka.."Hai, Assalamualaikum...  adik datang dua orang je ke, datang dari mana?" Tanya lelaki tersebut. Kerana terlalu terkejut dengan teguran itu, kami tidak dapat hendak menjawab salam yang sememangnya diwajibkan keatas setiap muslim. "Jangan pedulikan dia kak, ayuh kita pergi kak," bisik Nur pada kakaknya.(Part 1)

"Saya nak berkenalan dengan awak boleh tak?" lelaki tadi bertanya pada Aisyah. Aisyah hanya mendiamkan diri. Dia tidak menghiraukan pertanyaan dari lelaki tersebut. Perjalanan diteruskan. "Kak, lelaki tadi datang lagi kak.." bisik Nur pada kakaknya.

Lelaki tadi menghalang perjalanan mereka berdua dan dengan tiba-tiba bertanya," Saya nak jadikan awak isteri saya, boleh tak?"

Aisyah dan Nur sangat terkejut dengan soalan itu. "Jangan ganggu kami, kami bukannya perempuan murahan. Mampu ke kamu nak pimpin kami sedangkan diri kamu sendiri tidak terpimpin? Baiki tulang tunjang kamu yang bengkok dahulu sebelum mencari tulang rusuk kamu yang hilang." Akhirnya mulut kelu sang hawa mula berbicara. Entah dari mana muncul kekuatan dari mulut Aisyah untuk menjawab pertanyaan lelaki tersebut."Jadilah seorang lelaki yang soleh yang mampu memimpin kaum hawa ke syurga. Waalaikumussalam." Selepas memberi kata-kata nasihat, mereka segera beredar meninggalkan lelaki tersebut yang terdiam tanpa kata balas.

Tut tut....bunyi sistem penggera kereta dibuka. Aisyah dan Nur berlari-lari anak menuju kearah kereta mereka."Cepat dik, nanti lelaki tadi kejar lagi." kata Aisyah pada adiknya. "Hebat akak tadi. terus terdiam lelaki tadi lepas akak cakap camtu. Sememangnya gelaran ustazah Aisyah sesuai untuk akak," Nur melemparkan pujian kepada kakaknya. "Ameen, alhamdulillah kita selamat dik, akak pun tak tau dari mana datangnya kekuatan macam tu." jawab Aisyah.

"Allah taala la yang bagi kakak kekuatan atas apa yang kakak telah pelajari selama ni. Tapi adik pelik la, kenapa tiba-tiba je ajak akak jadi isteri dia? kakak kenal dia ke?," Nur mengajukan soalan. "Entahlah dik, kak tak kenal pun, kak harap nasihat kak tadi sedikit sebanyak dapat membuka hati diorang".

"Kak, nanti kak nak pilih lelaki macam mana?" tanya Nur.

"Kak tak pernah fikir pasal jodoh lagi dik, tapi akak cuma berdoa dan berharap Allah temukan akak dengan seorang lelaki yang mampu bimbing akak".

Sesampai sahaja ke rumah, Aisyah dan Nur keluar daripadanya dan bergegas masuk kedalam rumah. Seusai solat Zohor berjemaah dirumah, Aisyah pergi kerumah Aliya selepas mendapat keizinan dari kedua orang tuanya.

"Assalamualaikum, Aliya. Ni buku yang awak kirim dengan saya pagi tadi." kata Aisyah sambil menyuakan buku tersebut pada sahabat baiknya. Aliya menyambutnya tapi dengan wajah yang agak suram. "Kenapa dengan awak ni Aliya? Kemana perginya keceriaan awak pagi tadi?" tanya Aisyah yang agak risau melihat keaadan sahabatnya itu. "Saya dah clash. Dia minta putus, katanya dia dah tak nak couple lagi." Aliya menangis sambil memeluk sahabat baiknya itu. "Sabarlah Aliya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Janganlah bersedih atas satu kehilangan, tapi bersyukurlah atas seribu nikmat yang Allah bagi pada kamu", kata Aisyah sambil menggosok-gosok belakang Aliya untuk menenangkannya.

"Alhamdulillah, Allah telah selamatkan kamu dari terus melakukan dosa couple ni, nah ambil buku ni, saya hadiahkan pada kamu, saya harap buku ni dapat memberi perubahan pada kamu, Aliya," kata Aisyah sambil menghulurkan satu buku kepada Aliya. "Terima kasih Aisyah, saya tiada tempat lain lagi nak mengadu selain awak".

"Allah sebaik-baik tempat untuk mengadu, Allah amat suka mendengar rintihan hambaNya." Kata Aisyah.

"Betul ke Aisyah, rupanya begitu jauh saya dengan Maha pencipta. Doa pun jarang-jarang, apatah lagi satu rintihan. Emm... Malam ni mak ayah saya takde, boleh tak saya tumpang tidur rumah kamu, Aisyah?" tanya Aliya dengan suara yang agak sayu. "Eh, takde masalah, lagipun rumah saya takda orang lelaki pun selain abi.

Bersambung....

Part 1
Part 3







2 comments:

  1. Kedai buku banggol tu yg dkt dgn stesen bas KT kn..hebat btul ustzh aishah ni..smemangnya org2 yg baik akn diuji olehNya..dan salam tidak diwajibkn jawab kalau dlm situasi yg mcm tu..sbb kita tau niat dn tujuan die x baik..

    ReplyDelete