Saturday, 20 July 2013

Tiramisu

Tiramisu adalah pencuci mulut yang berlapis, yang terdiri daripada lapisan rendaman Savoiardi(ladyfinger) iaitu biskut manis dalam kopi  dan campuran keju mascarpone, telur dan gula.
Untuk menyediakan lapisan biskut itu, Savoiardi direndam di dalam espresso atau kopi yang kuat.
Untuk lapisan keju mascarpone, campuran kuning telur dan gula disediakan, Campuran ini dicurah ke seluruh rendaman biskut kopi . lapisan demi lapisan dibuat dan diakhiri dengan taburan serbuk koko.
Banyak variasi untuk Tiramisu wujud. Sesetengah tukang masak menggunakan kek span, roti, seperti panettone.

Terjemahan nama Itali, tiramisu' (tirami su') bermaksud "pick-me-up" (metafora, "membuat saya gembira"). Ini mungkin merujuk kepada kafein dalam espresso dan kesan koko digunakan dalam resipi.


Tiramisu!!!!Ittadakimas...Saya ingat tiramisu dari jepun, rupanya Itali..


Ice Cream Coffee Feeling!!! Yum2


Ni tiramisu untuk birthday abg saya...


Tiramisu sebelum dihias



Cari cari cari, kebanyakkan resepi yang saya jumpa menggunakan creamcheese. Kebetulan creamcheese xde. Jadi saya tak guna creamcheese. Saya hanya gunakan gelatin HALAL. Brand HALAGEL. Best..TIP TOP..Feel like ice cream coffee...


Sekali ngap...dah tinggal banyak ni




Resepi (nak mudah beli jer kek butter kedai)
Bahan2 kek:


230g butter(salted)- lembutkan-saya guna marjerin je
200g telur tanpa kulit(4 biji gred B)
50g+150g gula kastor.
200g tepung naik sendiri - ayak
60g susu segar/wholemilk (saya guna tepung susu je)
1 sudu kecil esen vanilla
loyang 8x8"(saya guna 6" bulat je.)-yang lebih saya buat muffin


Mousse Coffee (Buat 1 1/2 adunan baru cukup)

100g whipping cream
1 biji telur gred C(asing kuning dan puteh)
5g gelatin + 3 sudu besar air panas(kacau hingga gelatin larut dalam air)
2 paket Serbuk coffee (saya pakai coffee Radix)


Cara Buat Kek : 

1- Panaskan oven pada 170c. Loyang 8x8" dan sapu marjerin pada sekeliling loyang.

2- Asingkan kuning dan puteh telur. Masukkan puteh telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang. Masukkan 50g gula dan pukul hingga tidak jatuh apabila diterbalikkan.

3- Pukul mentega dan 150g gula hingga kembang dan masukkan vanilla. Ketepikan.

4- Masukkan telur kuning telur satu persatu. Pukul

5- Masukkan tepung dan susu berselang seli sambil putar.

6- Masukkan separuh puteh telur dan gaul bersama kuning telur. Putar perlahan.

7- Masukkan baki puteh telur dan kaupbalik menggunakan spatula. 

8- Tuang adunan dalam loyang. Bakar selama 45 minit pada suhu 170c, Kurangkan suhu dalam 5minit terakhir. 


Cara Buat Mousse:

1- Putar puteh telur dan gula hingga kembang.
2- Campurkan gelatin yang dah dicairkan ke dalam telur kuning. Kacau sebati
3- Putar whipping cream guna mixer sama hingga kembang.
4- Campurkan kuning telur dan puteh telur. Kaupbalik hingga rata.
5- Campurkan sepaket serbuk coffee Radix dan whipping cream yang diputar ke dalam adunan puteh telur.
6- Kaup balik hingga rata.

Cara Membuat tiramisu:

1- Potong kek kepada 3 bahagian.\
2 - Mula-mula basahkan kepingan pertama dengan air bancuhan coffee. 
3 - Letakkan mousse keatas kepingan tadi. Ratakan. Letakkan kepingan kedua.
4 - Ulang langkah hingga selesai.
5 - Masukkan dalam chiller sehingga mousse mengeras.
6 - Keluarkan kek dan tabur dengan serbuk koko. 
7 - Dan hias sekeliling kek dengan Ladyfinger Klik untuk resepi mudah Ladyfinger
8 - Ikat dengan reben. Sedia dimakan. 


Friday, 19 July 2013

Ladyfinger Cookies

Ladyfinger! Ladyfinger! Ladyfinger....

Ladyfinger ialah kek span yang berbentuk jejari ringan dan manis. Ia adalah bahan utama dalam kebanyakkan resipi pencuci mulut, seperti Charlottes, dan Tiramisu. Ia biasanya direndam dalam sirap gula , seperti kopi untuk pencuci mulut Tiramisu itu.

Kenapa nama dia ladyfinger? Bentuk dia macam jari wanita ke? mungkin kot..haha.... Nak kate pandai x jugak. Resepi ni pun saa cari dalam internet. Terima kasih kepada yang berkongsi resepi ini. Nak g beli, terus terang saya katakan yang saya tak tau kat mane Ladyfinger ini dijual. Jadi saya ambil keputusan untuk membuatnya saja...hehe...Jom kita blaja cara buat ladyfinger,...


Resepi (50biji)


Bahan2.

4biji telur (diasingkan puteh dan kuning)
100g tepung gandum diayak
100g gula kastor(bahagi 2)
1/2 sudu kecil krim tartar(optional)
1 sudu kecil esen vanilla
gula aising secukupnya.

How to make?

1-Panaskan oven 180c  Sediakan dulang pembakar. Alas dengan baking powder.
2-Kuning telur + 50g gula = pukul kembang dan gebu.
3- Puteh telur + 50g gula + krim tartar = pukul kembang dan bertanduk
4-Campurkan adunan kuning dan puteh tadi. Kaupbalik hingga rata.
5-Campurkan tepung, esen vanilla.= Kaupbalik hingga rata.
6-Piping dalam pembakar. Buat jejari 7cm.
7- Bakar selama 15 minit.

Tip : Hati2 dengan pembakaran. Biskut ini mudah hangus.


Sebelum pembakaran


Selepas pembakaran


Monday, 15 July 2013

Sarang Burung bersih untuk dijual

Assalamualaikum, dah berapa lama agaknya saya tak update blog ni ye. Minta maaf kepada anda2 semua yang sedang menanti-nantikan resepi2 kek yang terbaru. Disebabkan kesibukkan masa dalam menguruskan kerjaya penting, resepi2 kek di delaykan untuk smentara.

Kebanyakan kita senantiasa menjumpai sarang yang bersih di kedai2 tetapi diproses oleh golongan bukan Islam. Ini menjadikan SUKAR bagi kite yang beragama Islam ingin mencari sarang yang bersih lagi suci dan halal.

Penurunan harga sarang burung yang mendadak turun membolehkan kita semua mampu memilikinya. Saya dengan ini berjaya menghasilkan sarang burung yang diproses(bersih), suci lagi halal untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakt.




Antara khasiat sarang burung ini ialah :


Antara kebaikan memakan sarang burung walit :-

  • Sarang burung walit merupakan agen pemutihan kulit
  • Bagi penghidap asma, sarang burung merupakan agen terbaik untuk memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walit dapat melancarkan lagi pertumbuhan fizikal dan mental, memberi ketahanan yang baik terhadap penuaan serta menghaluskan lagi kulit pengamalnya sekiranya diambil dalam jangka masa panjang
  • Sarang burung walit juga dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk.  Ia juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.  Dengan itu ianya berkemampuan membaik-pulih suara
  • Unsur protein dalam sarang burung merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi dan mampu menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit. 
  • Asid sialik yang terkandung dalam sarang burung adalah baik dalam merangsangkan tumbesaran sel otak.
  • Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi manfaat kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan yang lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu pula lebih cepta pulih selepas melahirkan anak.


                                                         

Antara testimoni dari pemakan sarang burung walet ini :

1- "Doktor mengatakan saya menghidap darah tinggi. Tubuh saya sentiasa keletihan. Tetapi selepas mengamalkan pemakanan sarang burung ini, darah saya mulai turun. Dan tubuh saya rasa lebih bertenaga", Pembeli Kuala Terengganu.

2 - " Saya menghidap sesak nafas. Apabila nak tidur saja, dada saya mulai sesak. Saya cuba mengambil sarang burung ini. Saya rebus dan makan isinya sedikit demi sedikit sebelum tidur. Alhamdulillah, saya mampu tidur dengan selesa." pembeli Paka

3 - "Saya hamil 5 bulan. Tubuh saya sungguh tidak bermaya. Tapi, sejak mengamalkan sarang burung ini, tubuh saya rasa lebih bertenaga. ", pembeli Melaka.

                                       

                                     





Anda sukar memperolehi sarang burung bersih?

Anda sukar mendapatkan sarang burung Muslim?

Anda was-was dengan kebersihan sarang burung walit?

Dapatkan sarang burung bersih daripada kami. Setiap sarang kami dibilas bersih dari segala macam kekotoran.

Harga promosi!!!
Dapatkan sekarang!!!

1 kotak = RM 90
  2 kotak = RM 150

Anda jimat RM 30

Packaging and posting = RM 10

Segala pertanyaan :

Call / Sms Habib = 0139061158


 Contoh2 packaging




Cara penggunaan :

1- Rebus sekeping sarang dengan menggunakan 2 liter air selama 45 minit.(Bekas berkaca)

2 - Campurkan gula batu mengikut kadar manis yang disukai.

3 - Air dan isi juga boleh dicampurkan sekali dengan air buah-buahan.

Tip : Minum sedikit sebelum makan diwaktu pagi 
dan sebelum tidur di waktu malam 


Segala pertanyaan :

Call / Sms Habib = 0145211776
Email = Habibaudi@yahoo.com