Friday, 19 July 2013

Ladyfinger Cookies

Ladyfinger! Ladyfinger! Ladyfinger....

Ladyfinger ialah kek span yang berbentuk jejari ringan dan manis. Ia adalah bahan utama dalam kebanyakkan resipi pencuci mulut, seperti Charlottes, dan Tiramisu. Ia biasanya direndam dalam sirap gula , seperti kopi untuk pencuci mulut Tiramisu itu.

Kenapa nama dia ladyfinger? Bentuk dia macam jari wanita ke? mungkin kot..haha.... Nak kate pandai x jugak. Resepi ni pun saa cari dalam internet. Terima kasih kepada yang berkongsi resepi ini. Nak g beli, terus terang saya katakan yang saya tak tau kat mane Ladyfinger ini dijual. Jadi saya ambil keputusan untuk membuatnya saja...hehe...Jom kita blaja cara buat ladyfinger,...


Resepi (50biji)


Bahan2.

4biji telur (diasingkan puteh dan kuning)
100g tepung gandum diayak
100g gula kastor(bahagi 2)
1/2 sudu kecil krim tartar(optional)
1 sudu kecil esen vanilla
gula aising secukupnya.

How to make?

1-Panaskan oven 180c  Sediakan dulang pembakar. Alas dengan baking powder.
2-Kuning telur + 50g gula = pukul kembang dan gebu.
3- Puteh telur + 50g gula + krim tartar = pukul kembang dan bertanduk
4-Campurkan adunan kuning dan puteh tadi. Kaupbalik hingga rata.
5-Campurkan tepung, esen vanilla.= Kaupbalik hingga rata.
6-Piping dalam pembakar. Buat jejari 7cm.
7- Bakar selama 15 minit.

Tip : Hati2 dengan pembakaran. Biskut ini mudah hangus.


Sebelum pembakaran


Selepas pembakaran


No comments:

Post a Comment