Saturday 12 January 2013

jom bercerita (kisah rama-rama,cacing dan beluncas)



Seekor rama-rama terbang riang di sebuah taman bunga. Hatinya gembira memandang cuaca cerah,bunga berkembang denga bunyi kicauan burung.

Sang rama-rama ditegur oleh sang cacing," Wau,cantiknya kau. Lihat kepak kamu yang berwarna warni,"kata cacing. "Corak kepak kamu memang menawan. Seolah2 hasil karya seorang seniman", puji cacing lagi.

"Alhamdulillah, kita ni hakikatnya ciptaan Allah jua".kata sang rama2. "Ada lagi yang menarik tentang kam wahai sang rama2", kata cacing

"Apa dia?"

"Di kala kamu terbang, gerak kepak kamu seolah2 satu tarian yang mengasyikkan". Sang rama2 sekadar tersenyum. Dalam hatinya turut kagum dengan sang cacing. Apa tidaknya, peranan cacing menggemburkan tanah dan membolehkan pokok2 tumbuh segar mengindahkan lagi taman tersebut. Rasa kagum itu disambut dengan lafaz Subhanallah.

"Eeei....apa itu?" Tiba-tiba si cacing menunjukkan ke arah seekor ulat beluncas yang sedang memanjat daun. "Buruk sungguh rupa dia.Geli aku melihatnya."

Sang rama2 yang mendengar tersenyum mendengarnya dan berkata "Itulah diri aku sebelum menjadi rama2 yang menawan ini. Sebelum itu aku teperuk dalam kepompong sempit."

"Oh begitu,maafkan aku kerana rupa-rupanya aku mengutuk engkau setelah memuji engkau".

PENGAJARAN : Manusia seringkali cepat mengutuk tanpa berfikir panjang, apatah lagi mengutip ibrah di sebalik sesuatu.. Jangan mudah mengutuk tanpa mengetahui asal- usul sesuatu.

(Diambil daripada majalah solusi)

Friday 11 January 2013

Jom ke dapur (Durian Crepe)

Hari tu ambe ingat nak tunjuk resepi kegemaran ma....tapi disebabkan terlalu banyak rintangan dan dugaan..tak jadi nak buat kek tu......Majoriti undian inginkan makanan yang sedang hot sekarang ni. Makanan yang sedang menari di bibir2 manusia di muka bumi ini.......Jadi terpaksalah buat....Resepi ini digelar Durian Crepe.......



Nah ini resepinye.....

~Resepi~

Kulit

250g gandum
500ml air susu (pakai susu tepung takpe...)
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla

Inti

1 cawan whipping cream
2 cawan isi durian (penyekkan)


tgk resepi simple je kan....Orang bujang mudah je kalu nak buat.....


HOW TO MAKE!!


1. Mula-mula...sediakan bahan-bahan dan peralatan dulu...



2. And then, kite buat kulit dulu...Campurkan air susu, garam, vanilla dan tepung gandum(bit by bit) ke dalam blender/mesin pengisar...Blend hingga sebati dan masukkan telur dan blend hingga sebati.



3. Tapiskan adunan tadi supaya dapat hilangkan buih. Kemudian asingkan kepada 3 bahagian dan letakkan warna2 pilihan anda......kacau perlahan2 hingga warna sebati supaya adunan tidak berbuih.
Hati-hati!!! Buih boleh rosakkan rupa kulit anda


4. Sapukan marjerin pada sauce pan anda macam dalam gambar....dan panaskan hingga marjerin cair.


5. Curahkan satu senduk dan goyang-goyangkan hingga rata. Dan tunggu aduan masak/kering permukaan. Sejukkan....

6. Hancurkan isi durian guna hand mixer/kitchen mixer/tangan sendiri(pakat penyek je).....Penyek sampai hancur...



7. And then, putar whipping cream hingga kembang. Letakkan whipping cream dan durian seperti dalam gambar.....


 8. Cara bungkus juga mainkan peranan dalam menghasilkan crepe yang cantik.





9. Inilah hasilnya......taadaa!!!......kecantikkan bergantung atas kesenian tangan anda membungkusnya...sebaiknya simpan dalam peti dahulu sebelum makan...supaya rasanya lebih nikmat...


PERHATIAN....bagi sape2 yang rase malas nak buat, bolehlah buat tempahan...sekitar kuala terengganu je....maaflah bagi yang duk luar terengganu...bleh hantar tapi takut crepe tak tahan..

Harga promosi!!
RM 5.00/3biji
RM 10.00/6biji percuma sebiji

Durian crepe, Mango crepe









Jom bercerita (Tapak sulaiman)


Petang kelmarin aku terbaca majalah solusi, terbacalah pada satu cerita pendek dalamnya yang cukup memberi pengajaran pada kita sebagai seorang hamba Allah yang ingin berjaya di dunia dan di akhirat. Moga cerita ini jadi pengajaran pada kita semua.........


TAPAK SULAIMAN
Seorang lelaki bersiar-siar di tepi pantai pada satu pagi yang indah. Ombak menghempas ke gigi pantai, membawa bersama-sama umang- umang dan tapak sulaiman tersadai di pantai.

Agak banyak tapak sulaiman yang tersadai berbanding umang2 yang lebih mampu berdikari bersembunyi  dalam timbunan pasir bagi mengelak terik matahari.

Melihat keadaan itu, lelaki tersebut mengumpul seberapa banyak tapak sulaiman yang mampu diraupnya. Kemudian dilemparkan semula ke dalam laut. Begitulah lagaknya sepanjang bersiar-siar di tepi pantai tersebut.

Seorang  nelayan tua melihat gelagatnya dan bertanya kepadanya,”Apa yang anak sedang lakukan ni?”
“Saya cuba selamatkan tapak sulaiman ini yang tak mampu pergi semula ke laut dari matahari panas”,jawapnya.

“Pakcik rasa ia takkan membantu pun. Berapa ekor sangatlah yang mampu kamu selamatkan?”,soal nelayan tua tersebut.

“Semua yang tersadai tak mampu saya selamatkan ,pakcik. Tapi paling tidak, yang saya lemparkan ke laut mampu teruskan hidup”, jawap lelaki tersebut.

Pengajaran : Kejayaan yang besar bermula dengan usaha yang kecil. Kegemilangan esok hari adalah bermula dengan langkah kecil pada hari ini.

Wednesday 9 January 2013

jom ke dapur

Assalamualaikum wbt....Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat aku meneruskan hidup hingga ke hari ini......23tahun pengalaman hidup mengajar aku pelbagai ilmu untuk aku berkongsi bersama..




Setiap yang hidup ada permulaannya...kecuali Allah yang esa...tiada awal dan akhirnya.......dan.........mukoddimoh kite pada pagi ini(12malam) ialah.....jeng3.....resepi kek yang sangat digemari ramai terutama sekali ibuku yang aku gelar sbgai 'ma'......

Hadirin hadirat  yang dikasihi sekalian...ye!!...mesti anda semua tertanya2 kenapa blog ini dinamai 'jom ke dapur bujang' kan kan kan?.....disebabkan ramainye org2 bujang kat luar sana yang x pandai masak...jd...saya dengan RENDAH DIRINYA(ayat mcm bangga diri) inginlah mengajar anak2 kecil yang masih bujang kat luar sana 'HOW TO COOK' makanan2 simple dan main campak2....jom!!..