Saturday 12 January 2013

jom bercerita (kisah rama-rama,cacing dan beluncas)



Seekor rama-rama terbang riang di sebuah taman bunga. Hatinya gembira memandang cuaca cerah,bunga berkembang denga bunyi kicauan burung.

Sang rama-rama ditegur oleh sang cacing," Wau,cantiknya kau. Lihat kepak kamu yang berwarna warni,"kata cacing. "Corak kepak kamu memang menawan. Seolah2 hasil karya seorang seniman", puji cacing lagi.

"Alhamdulillah, kita ni hakikatnya ciptaan Allah jua".kata sang rama2. "Ada lagi yang menarik tentang kam wahai sang rama2", kata cacing

"Apa dia?"

"Di kala kamu terbang, gerak kepak kamu seolah2 satu tarian yang mengasyikkan". Sang rama2 sekadar tersenyum. Dalam hatinya turut kagum dengan sang cacing. Apa tidaknya, peranan cacing menggemburkan tanah dan membolehkan pokok2 tumbuh segar mengindahkan lagi taman tersebut. Rasa kagum itu disambut dengan lafaz Subhanallah.

"Eeei....apa itu?" Tiba-tiba si cacing menunjukkan ke arah seekor ulat beluncas yang sedang memanjat daun. "Buruk sungguh rupa dia.Geli aku melihatnya."

Sang rama2 yang mendengar tersenyum mendengarnya dan berkata "Itulah diri aku sebelum menjadi rama2 yang menawan ini. Sebelum itu aku teperuk dalam kepompong sempit."

"Oh begitu,maafkan aku kerana rupa-rupanya aku mengutuk engkau setelah memuji engkau".

PENGAJARAN : Manusia seringkali cepat mengutuk tanpa berfikir panjang, apatah lagi mengutip ibrah di sebalik sesuatu.. Jangan mudah mengutuk tanpa mengetahui asal- usul sesuatu.

(Diambil daripada majalah solusi)

No comments:

Post a Comment