Thursday 10 October 2013

Aiskrim goreng

Assalamualaikum, Brsyukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini dapat ana menyiapkan satu lagi resepi mudah iaitu aiskrim goreng.

Resepi aiskrim goreng

Aiskrim
Roti keping/potong
serbuk roti
telur


Cara-cara

1. Saya membuat menggunakan acuan karipap. 
2. Klik di sini untuk resepi ais krim homemade
3. Buat sama macam buat karipap. Seusai siap, segera simpan di dalam freezer/peti sejuk beku dan biarkan beku.
4. Selepas beku, keluarkan satu persatu daripada freezer, celupkan ke dalam telur, dan sadur bahagian luar roti dengan serbuk roti.
5. Bekukan lagi di dalam freezer.
6. Sedia digoreng (tip : api kuat, minyak panas, goreng sekejap sahaja)-jangan goreng terlalu lama, aiskrim akan cair.







Wednesday 9 October 2013

Ice Cream Rainbow

Assalamualaikum...Ais krim pelangi ni kakak ana yang buat. Tetapi, disebabkan terlalu sedap dan rasanya seperti ais krim kat kedai, menyebabkan resepi kakak ana terpilih untuk masuk ke dalam ruangan blog ana ini. Jom kita berkongsi resepi dari kakak ana yang comel ini....


Resepi Ais Krim Pelangi.

4 telur kuning
1 tbs tepung jagung
100g gula castor
2 cawan susu segar
250g whipping cream(non dairy)
*perisa citarasa anda

Cara-cara :

1. Panaskan susu dengan api sederhana.
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung jagung dan ambil sedikit susu yang sedang dipanaskan untuk melarutkan tepung.
3. Pukul telur kuning guna garfu. Tuang ke dalam susu hangat tadi, dan gaul rata. Tuang pula tepung kedalamnya dan kacau sebati.
4. Setelah likat, sejukkan dan biarkan dalam peti ais semalaman.
5. Selepas semalaman, pukul whipping cream hingga gebu.
6.Keluarkan adunan semalam, dan pukul menggunakan mixer sampai gebu.
7. Masukkan whipping cream gebu tadi ke dalam adunan. dan gaul hingga sekata.
8. Bahagikan kepada 3 bahagian. Dan warnakan mengikut kesukaan anda. Masukkan berselang seli sebanyak 1 sudu untuk satu warna kedalam bekas.
9. Bekukan semula untuk beberapa jam.
10.Sedia dihidang.`





Onde-onde (buah melaka)

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, bersyukur ana dengan Allah taala, kerana telah memberikan sedikit ruangan masa untuk ana memperbaharui ruangan blog ini dengan resepi terbaru. Terbaru buat ana yang masih bujang, dan agak lama untuk golongan surirumahtangga. Onde-onde atau juga dikenali sebagai buah melaka.

Resepi onde - onde :

240g tepung pulut..........................2
3/4 cawan air daun pandan.............1
1 tsp pewarna hijau........................3
1 keping gula melaka......................4


100g kelapa parut.......gaul
1/2 tsp salt.................gaul

cara - cara :

1. Buat mengikut turutan nombor.
2. Campur semua 1,2,3. Gaul rata hingga jadi doh.
3. Potong dadu gula melaka.
4. Bungkus gula melaka dengan doh.
5. Panaskan air hingga mendidih.
6. Masukkan doh tadi. Dan tunggu hingga masak(doh terapung)
7. Angkat dan gaul dengan kelapa parut.