Wednesday 9 October 2013

Ice Cream Rainbow

Assalamualaikum...Ais krim pelangi ni kakak ana yang buat. Tetapi, disebabkan terlalu sedap dan rasanya seperti ais krim kat kedai, menyebabkan resepi kakak ana terpilih untuk masuk ke dalam ruangan blog ana ini. Jom kita berkongsi resepi dari kakak ana yang comel ini....


Resepi Ais Krim Pelangi.

4 telur kuning
1 tbs tepung jagung
100g gula castor
2 cawan susu segar
250g whipping cream(non dairy)
*perisa citarasa anda

Cara-cara :

1. Panaskan susu dengan api sederhana.
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung jagung dan ambil sedikit susu yang sedang dipanaskan untuk melarutkan tepung.
3. Pukul telur kuning guna garfu. Tuang ke dalam susu hangat tadi, dan gaul rata. Tuang pula tepung kedalamnya dan kacau sebati.
4. Setelah likat, sejukkan dan biarkan dalam peti ais semalaman.
5. Selepas semalaman, pukul whipping cream hingga gebu.
6.Keluarkan adunan semalam, dan pukul menggunakan mixer sampai gebu.
7. Masukkan whipping cream gebu tadi ke dalam adunan. dan gaul hingga sekata.
8. Bahagikan kepada 3 bahagian. Dan warnakan mengikut kesukaan anda. Masukkan berselang seli sebanyak 1 sudu untuk satu warna kedalam bekas.
9. Bekukan semula untuk beberapa jam.
10.Sedia dihidang.`





No comments:

Post a Comment