Monday 4 March 2013

jom ke dapur(pavlova)

Assalamualaikum seme,mflah lame dah x update resepi. Kesibukan dgn kerja akhr2 ni. Ditambah pula dengan tempahan2 kek...cakak banyok x jdi keje...Anda pernah dengar pavlova? pernah merasainya? yee...bagi yang x pernah, di sni saya nak kongsikan pada anda semua. pavlova ni rasanya seakan- akan mashmallow di dalamnya dan rapuh di bahagian luarnya. ditambah pula dengan whipping cream yang sejuk dan dimakan bersama buah2 masham...fuuhh...TERPESONA RASANYA..  hari ni saya nak ajor anda2 semua caara nak buat pavlova. Mudah dan senang...orang bujang kat luar sana buleh je nak buat mende ni..simple je resepi die...


Bahan-bahan

4 biji telur puteh
3/4 cawan gula kastor (saya guna setengah cawan je)
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka
1/2 sudu teh esen vanilla

Topping

3/4 cawan topping whipping cream (pastikan terdapat perkataan topping pada kotaknya)
sedikit buah-buahan(sebaiknya yang masham2 baru ngam dengan kemanisan pavlova)


Cara- cara buatnye plak :

1- Mula-mula asing kan telur puteh dan kuning dahulu.
2- Putar puteh telur guna kitchen mixer dalam 10 saat, kemudian masukkan gula kastor bit by bit.
3- Tunggu hingga puteh telur bertukar jadi meringue hard peak seperti yang sy pernah ajar belum ni.(meringue bertanduk)
4 -  Selepas daripada itu, masukkan pula cuka dah esen vanilla. putar hingga sebata.

5- Letakkan meringue tadi ke dalam loyang yang dilapik dengan kertas minyak(x perlu sapu mentega mcm kek)



6 - Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 110c selama 75 minit/1jam 15 minit...

7 - Selesai sahaja bakar, jangan terus buka oven, buke sedikit sahaja pintu oven, dan biarkan pavlova anda sejuk di dalam oven. dalam 10 minit.

8- Kita pukul whipping cream sampai kembang. kemudian letakkan di atas pavlova tadi dan taburkan buah2an masham di atasnye....TADAA!!!..INILAH DIA PAVLOVA TU..






No comments:

Post a Comment