Monday 13 May 2013

Adakah al-Quran mampu menghidupkan si koma?

Ambulan tiba di pintu masuk wad kecemasan, hospital Sultanah Nur Zahirah. Seorang mangsa kemalangan dibawa masuk ke dalam. Nur Nazreen Nabilah.

Dua jam dalam wad..

Doktor keluar dengan wajah hiba. "Dia koma. Mungkin 2 tahun." Kata Doktor.

Adel Rayyan menahan sebak. Baru seminggu mendirikan rumahtangga. Musibah menimpa. Mereka berdua masih bergelar pelajar di sebuah Universiti tempatan.

"Sabarlah Adel, ini bukannya musibah, ini tanda Allah masih mengingati kamu berdua, ujian untuk tambahkan keimanan" Tugas seorang abi, sebagai penasihat kepada seorang anak..

"Sentiasalah membaca al-Qur'an disisinya Adel. Moga-moga dapat dijadikan penyembuh buat Nazreen." Ummi penambah semangat, pencetus idea.

"Insha Allah abi,ummi" pelukan untuk keduanya tanda terima kasih atas segala nasihat dan syukur kerana masih mempunyai ibu bapa yang penyayang disisi.


. . . . . 


Hari silih berganti....

Manusia sering memberikan semangat negatif..

"Isteri hang tak kan jaga dah, hang pergilah cari isteri lain, ramai lagi yang nak kat hang" seorang sahabat meluahkan kata.

Adel mendiamkan diri.

"Kat universiti tu ramai yang cantik tanya pasal Adel,"sahabat lain cuba mencucuk jarum kedalam hati Adel.

"Aku takkan tinggalkan isteriku keseorangan, selagi dia bernyawa, aku akan sentiasa disisinya", jawab Adel tegas dengan pendirian.

"Kami kasihankan awak,Adel. Awak pelajar cemerlang, kemungkinan pelajaran awak akan merosot kerana kerap datang kat sini."

"Insha Allah, berkat saya jaga isteri saya, mungkin Allah akan berikan sesuatu yang lebih berharga daripada kecermelangan  kecemerlangan." jawab Adel ringkas.

  . . . . . 





Bulan bertukar bulan

Adel masih setia pada isterinya yang satu. Bilik zaujahnya dijadikan tempat untuk menyiapkan segala tugasan pelajarannya. Bacaan ayat-ayat suci tidak pernah lekang dibibir mulutnya. Isterinya dijadikan tempat dia bertasmi'.

"Abang..." Nazreen membuka mata.

Sesuatu yang tak dapat dijangka. Nazreen pulih awal dari jangkaan. Doktor dipanggil. 

"Ya Allah, tak sangka, dengupan nadinya seperti manusia sihat, aliran darahnya lebih lancar daripada normal,  ini suatu keajaiban!"

Kitab suci Al-Quran terkandung di dalamnya rahsia bagi segala rahsia, hikmat bagi segala hikmat, penawar bagi segala penawar. Sebagamana disebutkan di dalam surah Al-Israk ayat 82 yang bermaksud "..dan kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman...".


. . . . . 


Pintu bilik diketuk. 

Umi abi datang dengan penuh ceria. 

"Alhamdulillah, Nazreen dah terjaga, rezeki datang melimpah, durian runtuh buat kamu Adel." kata Ummi.

"Apa maksud ummi?"

"Adel, kamu berjaya mendapat pointer tertinggi tahun ni! Ramai yang menelefon abi pagi tadi, Dekan-dekan mengucapkan tahniah. Kamu menjadi pelajar contoh Adel. Mampu berjaya walaupun masalah melanda."









2 comments:

  1. Ustz..ade salah eja skit..Kecemerlangan..bkn kecermelangan..mungkin typo kut..cerite yg ringkas tp bermesej..bgus..tingkatkan lg usaha utk mnjadikn kisah keajaiban qur'an ini lebih menarik..dn mmbangkitkn smngt org islam utk mengkaji dn mmbaca qur'an..
    Tanpa panduan al-qur'an.,hidup umpama kapal yg tiada layar..

    ReplyDelete