Sunday 12 May 2013

Jom bercerita (Kerana sebuah cinta-part 5-Last)


Majlis ta'aruf

Majlis ta'aruf antara pihak keluarga lelaki dan perempuan menjadi satu kejutan. "Zulhairi?" Aisyah menyebut nama Zul di hadapan ahli keluarganya. Dia terkejut kerana lelaki yang datang kerumahnya adalah lelaki idamannya dan juga lelaki yang telah menolongnya tempoh hari..
"Awak..wanita bertudung labuh..." Zul turut terkejut tetapi tidak diluahkan dalam bentuk kata-kata. Hanya sekadar luahan dalam hati. Zul begitu gembira kerana ditemukan semula dengan wanita yang telah berjaya mengetuk pintu hatinya untuk berubah suatu ketika dahulu.Wajah wanita yang tidak pernah dilupakannya. Air mata mula bergenang tanda bersyukur ke hadrat Ilahi. Sesungguhnya, jodoh pertemuan di tangan Allah. Berkuasa menemukan dua insan yang saling menyintai walaupun tidak pernah bercouple. Inilah keindahan bagi sesiapa yang taat pada perintah Allah, dan menjaga laranganNya.

Zul dan Aisyah akhirnya bertunang. Majlis perkahwinan perlu ditangguhkan sementara kerana Zul kekurangan wang.


Kedai Buku Banggol

 Ketika Aisyah sedang leka menilik buku di kedai tersebut, tiba-tiba datang seorang wanita berpurdah kearahnya......

"Assalamualaikum, Aisyah." Wanita itu memberikan salam.

"Waalaikumussalam," Aisyah menjawab salamnya. "Em..emm...Saudari ni siapa? Macam mana kenal nama saya?" Aisyah agak terkejut kerana dia tidak pernah mengenali wanita tersebut. Wajahnya ditutup rapi dengan niqab. Yang dapat dilihat hanyalah sepasang mata yang sungguh ayu dan kelihatan berkaca. Cukup mempersonakan bagi Aisyah.

Wanita itu perlahan-lahan membuka niqabnya dan..  "A..AA..Aliya?...Aliya!" Aisyah terkejut lantas memeluk sahabat karibnya itu. Manik-manik jernih mula memenuhi kedua-dua kelopak matanya. "Alhamdulillah, Aliya, kamu sudah banyak berubah." sambungnya lagi.

Mereka gembira dapat bertemu semula selepas 3 tahun berpisah. "Saya dengar kamu telah bertunang. Tahniah Aisyah." kata Aliya.

"Alhamdulillah, jodoh pertemuan di tangan Allah. Saya tak sangka tunang saya ni ialah lelaki yang saya tegur 3 tahun lepas. Dia bagitau, dia berubah kerana teguran saya. Haza min fadhli robbi (ini adalah kurniaan dari Tuhanku). Kamu pula bila lagi Aliya?" Aisyah cuba bertanya.

"Ooo, yang Aisyah ceritakan dulu tu ye? Saya masih ingat lagi, lelaki tu ganggu Aisyah. Tak sangka kata-kata Aisyah pada ketika itu mampu mengubahnya. Alhamdulillah, inilah takdir yang Allah telah tetapkan untuk kamu Aisyah. Er..jodoh saya tak sampai lagi Aisyah," jawab Aliya dengan wajah muram.

"Jodoh tak sampai atau masih menunggu yang lama?hehe..." tanya Aisyah dalam nada bergurau sambil menggeletek Aliya bagi menggembirakan hati sahabatnya itu. Tiba-tiba, dompet Aliya terjatuh tika mereka sedang bergelak ketawa..

Aisyah mengambilnya dan terlihat wajah seorang lelaki didalamnya. "ZUL?" Mula timbul tanda tanya dalam hati Aisyah. Dia memulangkan dompet itu pada Aliya dan bertanya mengenai lelaki tersebut. " Abang Aliya ke tu?"

"Emmm..tak..tak..." Muka Aliya mula merah padam. Malu dengan soalan yang ditujukan Aisyah.

"Kalau tak, siapa? Pakwe Aliya ye..." Aisyah cuba mencungkil rahsia daripada Aliya dengan riak wajah yang masih ceria walaupun hatinya bagai dihiris pisau melihat wajah tunangnya disimpan oleh wanita lain. Kecemburuan mula menusuk kedalam dirinya.

Aliya membuka kata. Dia menceritakan segalanya pada Aisyah. Aisyah cuba menahan sebak apabila mendengar cerita tersebut. Dia mula berasa bersalah kepada Aliya. Rupanya kesedihan Aliya selama ini berpunca daripada dirinya. Dia merasa seakan-akan dirinya perampas. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya terluka apabila melihat perkahwinannya dengan Zul nanti.


. . . . .



Perjalanan Pulang

Aisyah membawa keretanya dengan agak laju. Dia menangis bersama titisan-titisan air hujan di setiap perjalanan.  Dia mencapai telefon bimbitnya dan menghantar satu pesanan ringkas. Tiba-tiba, satu bunyi dentuman kuat di hadapannya. Aisyah terkejut. Dia cuba membrek keretanya tetapi gagal kerana keadaan jalan yang licin. Ya Allah!!..laungan terakhir keluar dari mulut Aisyah......


Hospital Besar Kuala Terengganu

Zul dan ahli keluarga Aisyah bergegas ke hospital selepas mendapat panggilan. Seorang doktor keluar dari wad kecemasan. "Bagaimana keadaan Aisyah doktor?" tanya Zul. "Minta maaf, sesungguhnya Allah lebih menyayanginya." jawab doktor sambil menepuk-nepuk bahu Zul sebagai tanda supaya Zul tabah dalam  menghadapi ujianNya.

. . . . . 


Aisyah selamat dikuburkan. Semua orang meninggalkan kubur yang masih merah itu seusai bacaan tahlil dan doa. Kelihatan seorang wanita berpurdah datang menghampiri kubur Aisyah. Ditenungnya kubur Aisyah. Matanya merah bak delima. Dia tidak dapat menahan sebak. Air mata mula berguguran jatuh ke bumi. "Terima kasih Aisyah, kerana berjaya mengubah diri saya yang begitu lalai menjadi seorang muslimah yang mengenal erti Islam yang sebenar. Moga setiap ibadat saya menjadi pahala untuk kamu, Aisyah. Kaulah sahabatku selamanya" kata Aliya di dalam hati.

. . . . .

"Ayah, sekejap!,Saya tertinggal kopiah saya di pusara Aisyah" kata Zul pada ayahnya ketika berjalan menghampiri kereta. Zul berlari anak menuju ke kubur Aisyah. Dia melihat seorang wanita sedang menangis keesakkan ditepi kubur Aisyah.

"Tidak usahlah menangis atas suatu pemergian. Sesungguhnya, sesiapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, maka dia akan diuji olehNya." Zul cuba menasihati wanita tersebut sambil memakai kopiahnya. Zul masih tidak mengenali Aliya kerana mukanya yang tertutup kemas.

Aliya tersentak dengan nasihat tersebut. Tangisannya mulai reda. Dia mengelap matanya yang basah sambil melihat kearah Zul. Zul tidak memandang Aliya dan melangkah pergi. Aliya terkejut apabila melihat Zul di depan mata. Buah hatinya suatu ketika dahulu. Dia ingin memanggilnya, tapi suaranya seakan-akan tersekat.


Sebulan selepas kematian Aisyah (di rumah Aisyah)

"Minta maaf jika menyusahkan Zul dan keluarga datang ke rumah. Sebelum Aliya meninggal dunia, dia telah meninggalkan pesanan terakhirnya dalam bentuk SMS kepada pakcik. Pesanan ini ditujukan kepada Zul." kata ayah Aisyah kepada Zul.

"Pesanan? pesanan apa pakcik?" tanya Zul penuh debaran.

"Aisyah telah menceritakan kepada pakcik segalanya, dan dia meninggalkan pesanan terakhirnya untuk Zul, menyuruh Zul berkahwin dengan sahabat karibnya, Aliya.

"Siapa Aliya tu pakcik?"

"Aliya tu sahabat Aisyah sejak dari kecil lagi, Tetapi perangai mereka cukup berbeza. Tapi sekarang, Aliya dah banyak berubah. Aisyah sangat berharap Zul dapat menjaga sahabat baiknya itu . Kalau Zul tidak keberatan, pakcik boleh uruskan pertemuan antara keluarga Zul dengan Aliya."

                                                                        . . . . . 


Proses pertemuan berjalan dengan lancar. Pihak lelaki dan perempuan masing-masing bersetuju untuk bernikah. Zul langsung tidak mengenali dan melihat wajah Aliya. Cukup baginya solat sunat Istiqarah di setiap 1/3 malam. Dia hanya berdoa agar Allah memilih jodoh terbaik untuknya.



Seusai majlis perkahwinan.

"Abang..." Aliya memanggil suaminya, Zul. "Ini hadiah saya untuk abang, hadiah ini saya minta Aisyah tolong belikan 3 tahun lepas untuk abang, tapi...keadaan tidak mengizinkan untuk diserahkan pada abang ketika itu"

"3 tahun lepas?" Zul melihat hadiah daripada Aliya itu. 'Bagaimana menjadi lelaki soleh' . Zul membuka niqob Aliya. Zul terkejut, wanita yang bergelar zaujah(isteri) di hadapannya adalah Aliya, bekas kekasihnya...Mereka berdua begitu gembira kerana dipertemukan semula. Sujud syukur terus dilakukan tanda terima kasih kepada Tuhan yang maha esa.

Kerana sebuah cinta terhadap seorang wanita solehah, mereka berdua berubah. Kenapa ingin terus bercouple sedangkan jodoh pertemuan telah Allah tetapkan sejak azali lagi. Persiapkan dirimu untuk menuju kearah gerbang perkahwinan dan bukannya menyiapkan gerbang perkahwinan sedangkan diri terus hanyut dengan buaian dunia.

Sekian...

Kerana sebuah cinta terhadap sahabat, yang lalai menjadi taat..
Kerana sebuah cinta terhadap manusia, yang bengkok menjadi lurus...
Kerana sebuah cinta terhadap makluk, yang jahil menjadi alim..

Bagaimana jika cinta terhadap Allah, tuhan pencipta alam?








3 comments:

  1. Ana suka jln cerita part 5 ni..ustz reka sndiri ke ayat kesimpulan yg bwh skali tu?yg syair pendek Kerana Sebuah Cinta tu pun ustz reka sndiri eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..cume sebuah kesimpulan yang tidak seberapa...

      Delete