Monday 14 January 2013

Jom ke dapur (Kek Pelangi Karamel)

Assalamualaikum wbt.....hai seme...ari ni kite nak blajar membuat satu resepi kek yang sangat digemari oleh ibu saya kerana kek ini tidak menggunakan mentega.....kek ini digelar sebagai kek pelangi karamel.....kek ni ada puding yang lembut di bahagian atasnya dan kek yang gebu dibawahnya....nyam2....sedap dimakan seju...kalu saya buat kek ni, sekejap saja dah habis........jom kite tgk cara2 membuatya...


Resepi Kek Pelangi Karamel

Bahan untuk puding

Bahan-bahan gula hangus..

1 1/2 sudu besar gula
loyang 8 inci.

Bahan-bahan puding

400ml susu segar/susu cair/susu tepung
3biji kuning telur
2biji telur
4sudu besar gula
1sudu kecil vanilla


Bahan untuk kek

Adunan 1 (meringue)
6biji telur puteh
3sudu besar gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tar tar

Adunan 2
3biji telur kuning
2sudu besar minyak jagung
130ml air
3sudu gula kastor
120g tepung gandum
1sudu teh baking powder

Bake -160c 30minit (kaedah water bath)


HOW TO MAKE?



1. Mula-mula. kite buat puding dulu....kite letakkan 1 1/2 sudu gula kedalam loyang dan cairkan gula(jgn terlalu hangus-puding akan rasa pahit)-kacau gula....panaskan gula dalam loyang. Letak je loyang atas api.


2. And then, jadilah gula hangus tadi cam gini. Ratakan gula tau....


3. Pastu kite buat adunan untuk kek pulak.....asingkan telur macam dalam gambar ni...Yang kanan sekali tu susu segar untu buat puding..Yang kiri sekali tu untuk adunan meringue..



4.  Adunan untuk pudig tadi dicampur semenyer, n kacau hingga sebati tau....Lepas sebati, tapiskan adunan puding kedalam loyang gula hangus tadi...(anda akan kedengaran bunyi kaca pecah..krekk!!!)


5. Buat adunan 1(meringue) hingga jadi cam gini...meringue ini digelar hard peak.
    Dua cara kenal hard peak
    a) bila dicolek tangan akan bertanduk tetap.
    b) bila dlingkupkan bekas, meringue tak jatuh..

Pastikan meringue dibuat dalam bekas kering dan lap kulit telur selepas dibasuh....



6. Tinggalkan meringue sekejap, kite buat adunan 2 pula. Guna hand mixer. Putar telur kuning dan minyak hingga sebati, Kemudian campurkan air dan putar hingga sebati(berbuih tinggi). Kemudian campurkan gula 3sudu dan pukul hingga kembang cam lam gambar ni...

7. Pastu, campurkan tepung gandum+baking powder ke dalam adunan ini bit by bit..Gaul secara kaup balik..(Adunan akan turun separuh)

8.And then, masukkan meringue kedalam adunan ini ckit2...Gaul secara kaup balik..hati2..adunan bleh rosak jika terkasar.




9. Asingkan adunan kepada empat bahagian...Kemudian warnakan kepada empat warna kesukaan anda....Panaskan oven 160c selama 10minit.



10. Masukkan adunan tadi secara berselang-seli diatas adunan puding tadi...Adunan kek akan terapung di atas adunan puding tadi.....cara susunan- 3sudu ,2sudu, 1sudu hingga habis....


11. Bakar kek guna kaedah water bath iaitu dengan menggunakan air. Lihat gambar...Bakar selama 30 minit pada suhu 160c....Inilah rupa kek selepas masak...Tunggu kek sejuk(mengecut) dan hiris bahagian tepi kek supaya tidak melekat pada loyang....dan terlingkupkan kek....


12. Tadaaaaa!!! inilah rupe dia lepas siap.....simpan dalam peti lagi sedap makan...sejuk.....Fuhh....Sedapp...


4 comments:

  1. Mudah jeeee.sy yg bujang ni pn boleh buat jgk.fuuhhhh.sedaaappp.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bestnyee...sy dah 3 kali wat tp xmnjadi knp yer?rasa dah ikut sebijik2 dah cam resepi.tp bila telengkupkan kek,bhgaian atas puding tu cam berlubang2 n rasanyaa...xsedap!!!mengapakah

    ReplyDelete
  4. -mgkin gula yang dicairkan terlalu hangus menyebabkan rasa pahit(just cairkan gula tanpa perang dah memadai)
    - mgkin tapis terlalu tinggi, menyebbkann puding berbuih, tujuan menapis supaya puding tak bebuih, jd rendahkan aras penapis ketika menapis puding.(jgn kacau selepas menapis)
    - cara menentukan kek masak.
    *selepas membakar 30 minit,cucuk kek dengan lidi, dan lihat pada lidi,jika kek melekat pada lidi, tambahkan masa pembakaran.
    * jika kek tak melekat pada lidi,tanda kek sudah masak.

    banyakkan selawat inshaAllah berjaya..n pastikan anda bujang(just kidding) :-)

    ReplyDelete