Monday 29 April 2013

Jom bercerita (Kerana sebuah cinta-part 4)




part 1
part 2
part 3



3 tahun kemudian..

"Zul, hebatlah kau, belum habis belajar dah ada syarikat yang menawarkan pekerjaan, habis nanti , tak payahlah kau risau pasal kerja lagi kan." kata Fariz yang ketika itu baru keluar dari masjid. Mereka baru sahaja selesai menunaikan solat Zohor berjemaah.

"Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Kau pula macam mana?" tanya Zul.

"Saya nanti lepas belajar, akan kahwin dulu, ibu saya dah temui calon untuk saya kat kampung, insyaAllah, lepas kahwin, mungkin Allah akan buka pintu rezeki lebih luas untuk saya dan bakal isteri saya. Allah ada terangkan dalam satu ayat al-Quran yang bermaksud 'Dan nikahkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir, nescaya Allah akan menjadikan mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui.' Surah An-Nur : ayat 32

"Kamu tak nak kahwin dulu ke Zul?" tanya Fariz.

"Belum tiba masanya lagi Fariz, ilmu saya masih sedikit untuk mendidik seorang isteri." jawab Zul.

"Ilmu masih sedikit? Hari-hari yang kau buat tazkirah kat budak-budak junior kita tu, kau kata takde ilmu lagi? Kau ni terlalu merendah dirilah Zul. Pelajar pintar UIA  bidang kejuruteraan mekanikal. Dan juga seorang bakal ustaz yang berkaliber, tapi sentiasa merendah diri. Sebab ni saya suka kawan dengan kau, Zul." Puji Fariz pada Zul.

"Saya ada kenal seorang muslimah, jika kamu tidak keberatan, saya boleh ta'aruf kan pada kamu."

Ta'aruf adalah kegiatan bersilaturahim, kalau pada masa kini boleh dikatakan bertatap muka atau bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya. Boleh juga dikatakan tujuan berkenalan untuk mencari jodoh. Ta'aruf sangat berbeza dengan bercinta. Ta'aruf secara syari'e memang diperintahkan oleh Rasulullah SAW bagi pasangan yang ingin bernikah. Jika tujuan bercinta lebih kepada kenikmatan sesaat, zina, maksiat, tetapi ta'aruf jelas tujuannya untuk sekadar mengenali kriteria calon pasangan. 

"Ikut awaklah Fariz. Saya serahkan jodoh saya pada Allah, biar Allah yang menentukan yang terbaik untuk saya," jawab Zul.

Zul benar-benar telah berubah. Selepas melihat wanita bertudung labuh 3 tahun yang lepas, hidupnya telah kembali kepada jalan Allah. Wanita itu telah berjaya menolak Zul ke landasan yang betul. Bagi Zul, itulah wanita idamannya, tapi perasaan itu hanya disimpan dalam hatinya. Ingin dicarinya wanita tersebut, tapi apakah kudratnya untuk mencari seorang manusia di bumi Malaysia yang luas ini. Dia hanya mampu berdoa. Wajah wanita tersebut disimpan kemas di dalam fail ingatannya, bukannya sebagai wanita untuk dirindui, tetapi sebagai seorang wanita yang berjasa kepadanya. Di akhir bait-bait  dalam doanya sering dihadiahkan kepada wanita tersebut kerana telah berjaya mengetuk pintu hatinya untuk berubah.

Minggu ini minggu terakhir Zul di berada UIA. Dan minggu ini jugalah hujan mencurah-curah turun di bumi UIA. Seakan-akan sedih akan perpisahan yang akan berlaku nanti. Zul dan Fariz sedang menaiki kereta menuju ke Mahallah Al-Faruq. Sebuah asrama lelaki di UIA. Walaupun hari-hari terakhir berada di situ, tazkirah untuk pelajar junior tetap berjalan seperti biasa.

"Berhenti Fariz!" kata Zul tiba-tiba. "Kenapa ni Zul?"

"Kamu tunggu kat sini jap," kata Zul dalam tergesa-gesa sambil membuka pintu kereta. Dia berlari-lari menuju ke arah sebuah kereta di seberang jalan. Hujan turun tidak bergitu lebat.

"Kenapa dengan kereta ni?" tanya Zul pada seorang muslimah yang sedang bercakap dengan telefon dan membelakanginya. Zul menghendap-hendap bahagian enjin kereta yang terbuka luas. Pengalamannya dalam membaiki kereta suatu ketika dahulu tidak kurang hebatnya ditambah dengan ilmu yang dipetik ketika belajar di UIA. "Tak hidup, entah kenapa, tiba-tiba je jadi macam ni." jawab muslimah tersebut.

"Oh, bateri sahaja longgar," kata Zul dalam hatinya. "Cuba pergi start kereta..." Zul mengarahkan kepada muslimah tersebut.

Vroom..vrom..kereta berjaya dihidupkan. Zul bersyukur kepada Allah dan melangkah pergi ke arah kereta Fariz.Di pertengahan jalan... " Ya Akhi, Syukron!...Masmuka? " Muslimah tadi keluar dan mengucapkan terima kasih pada Zul dan menanyakan nama Zul. "Ismi Zul, Zulhairi! ma'assalamah!(nama saya Zul,Zulhairi, selamat jalan).." jawab Zul, dia menundukkan pandangan, malu untuk memandang wajah  muslimah tersebut.

"Wa ilaliqa'.Zulhairi..ismi Aisyah...(jumpa lagi,Zulhairi, nama saya Aisyah).." Aisyah membalas sayu. Zul pergi tanpa melihatnya. Aisyah sangat-sangat bersyukur kerana ada orang yang sudi menolongnya di tengah hujan begini. Entah kenapa, tiba-tiba hatinya telah terpaut pada lelaki tersebut. Bukan kerana rupa lelaki tersebut, tapi kerana keihklasannya. Inilah lelaki yang diidamkannya.

Truttt...truutt...telefon Aisyah bergetar, terpapar 'Siti Calling' di skrinnya. Siti adalah rakan sekelas Aisyah. "Macam mana keadaan Aisyah? Saya dalam perjalanan ke UIA ni. Aisyah tunggu dalam keretalah." kata Siti.

 " Eh, Takpelah Siti, minta maaf kerana menyusahkan Siti, kereta saya dah pulih,.Tadi, ada seorang lelaki yang datang, dia tolong baikikan kerosakakkan kereta," jawab Aisyah.

"Alhamdulillah, kalu macam tu saya pulang dululah, hati-hati bawa kereta tu, hujan ni." nasihat Siti.

"InsyaAllah" jawab Aisyah.

Mahallah Safiyyah

Kelihatan sebuah kereta berhenti di hadapan sekelompok pelajar perempuan di Mahallah Safiyyah. "Assalamualaikum, minta maaf ana terlambat, kereta ana rosak tadi di pertengahan jalan." kata Aisyah sambil keluar daripada kereta.

"Waalaikumussalam, kak Aisyah, takpelah kak Aisyah, tadi kan akak dah bagitau kan, kami pun tak tunggu lama." jawab seorang pelajar junior UIA.

Mereka semua tanpa berlengah masa menaiki kereta Aisyah dan pergi ke bandar. Mereka ingin membuat sedikit jamuan perpisahan bersama Aisyah, senior mereka pada minggu terakhir berada di UIA. "Akak, lepas habis belajar ni akak nak buat apa? Kerja atau kahwin? " tanya salah seorang pelajar tersebut. "Entahlah, kak tak fikir lagi, yang mana sampai dulu, itulah yang akak terima. Akak dah minta jawatan sebagai tenaga pengajar di sebuah universiti  kat Terengganu. InsyaAllah, kemungkinan besar dapat. Tapi berkaitan jodoh tu, biarlah Allah tentukan." jawab Aisyah.

"Akak dah ada calon tak lagi?" tanya seorang pelajar lagi. "Sebelum ni takde, tapi sebentar tadi baru muncul seorang calon idaman akak, dia tolong baiki kereta akak tadi," jawab Aisyah dalam nada bergurau tapi penuh erti.

"Wah.. siapa pemuda bertuah tu kak? Bertuahnya pemuda tu dapat akak, dahlah cantik, baik, solehah, cukup lengkap ciri-ciri seorang wanita."

"Haha, calon akak tadi baiki kereta je, dia langsung tak tengok akak, akak pun tak kenal dia. Tapi akak cuma minat melihat perwatakannya saja. Lelaki yang akak idamkan selama ini. Wajahnya bersih sangat, tenang akak rasa bila melihatnya." jawab Aisyah.

"Ooo, kiranya ni cinta pandang pertamalah, tapi kan kita dilarang bercinta kan?" satu soalan ditujukan.

"Cinta dan couple suatu perkara yang berbeza. Sememangnya sudah menjadi fitrah dalam diri setiap manusia adanya perasaan cinta dan berkasih sayang sesama saudara sebagaimana nabi pernah berkata Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata'(HR.Bukhari)"

"Berlainan dengan couple pula, couple ialah satu gejala yang kurang sihat malah merupakan perkara yang dilarang oleh Allah. Mereka bercinta bukan kerana Allah, tetapi kerana dorongan nafsu.  Natijahnya, ia boleh merosakkan remaja Islam dengan pelbagai kes pembuangan anak luar nikah dan zina yang berleluasa." Jawab Aisyah secara teratur dan ringkas supaya lebih mudah diresapi kedalam jiwa adik-adiknya.

Mahallah Al- Faruq

Ketika Zul sedang memberikan tazkirah kepada adik-adiknya, tiba-tiba.....

Kring!!.....kringg!...Telefon fadhli berbunyi. Fadhli memberi isyarat kepada Zul supaya meneruskan tazkirah dan dia bergegas bangun meninggalkan tempat tersebut.

Seusainya tazkirah ringkas kepada junior UIA, Zul pergi mendapatkan Fadhli.

"Kenapa ni Li? Sibuk je saya nampak?" Tanya Zul kehairanan.

"Alhamdulillah Zul. Pihak keluarga perempuan yang saya bagitau tempohari bersetuju supaya kamu datang ke rumah mereka." Jawab Fadhli gembira.

"Alhamdulillah, Ya Allah Ya Tuhanku, jika dia adalah jodoh terbaik untukku, maka Kau permudahkanlah segala urusanku." Zul bordoa sambil memeluk sahabatnya itu.



Bersambung.......

Part 5(last)




1 comment:

  1. Nak jadi novelis pulak ka adik habib sorang ni..nnti leh publish, jangan lupa kasi free kat akak tau;)

    ReplyDelete