PELANGI merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir)selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabilacahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia terbentuk melengkung kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga dilihat membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.
Belajar sambil masak...tadaaa!! ..resepi pelangi...Walaupun kurang menjadi....
Bahan A
20g serbuk agar-agar
340g gula pasir
1725 ml air
6-8 helai daun pandan
Bahan B
20g serbuk agar-agar
340g gula pasir
1725 ml santan (saya buat 1 liter santan + 725 air)
setengah sudu teh garam
Bahan C
Loyang 10inci
How to make
Masak bahan A dan bahan B hingga mendidih dengan api yang perlahan.
Pastikan bahan B sentiasa dikacau supaya tidak hangus.
Ambil 230 ml dari bahan A -letakkan warna
Tuang dalam loyang, biarkan keras.
Ambil 230 ml dari bahan B -letakkan warna
Tuangkan dalam loyang, biarkan keras.
Ulang langkah hingga selesai.
Tip- pastikan api perlahan sentiasa dibuka supaya agar tidak mengeras
Contoh lapisan
Lapisan 1 - 230 ml agar santan warna biru
Lapisan 2 - 230 ml agar plain warna biru
Lapisan 3 - 230 ml agar santan warna ungu
Lapisan 4 - 230 ml agar plain warna ungu
Lapisan 5 - 230 ml agar santan warna merah
Lapisan 6 - 230 ml agar plain warna merah
Lapisan 7- 230 ml agar santan warna kuning
Lapisan 8 - 230 ml agar plain warna kuning
Lapisan 9 - 230 ml agar santan warna hijau
Lapisan 10 - 230 ml agar plain warna hijau
Sesungguhnya kebijaksanaan itu milik umat Islam yang tercicir. Kutip dimana saja ia ditemui...
Saturday, 6 July 2013
Sunday, 9 June 2013
Sanah Helwah untuk abah
Sanah Helwah untuk abah saya.
Sanah helwah ialah ucapan selamat hari lahir dalam bahasa arab.
Sanah bermaksud tahun , helwah bermaksud manis..Tahun manis...
Sehari suntuk diperlukan untuk menyiapkan sebiji kek khas untuk abah. Kek Chocolate Indulgence ini bersaiz 10inci. Siap2 kek, saya cubalah timbang. Ayark!! beratnya. 2.5kg. Amazing! Sangat berat unuk sebiji kek. Sebab tu saya tak dapat nak alihkan papan besi kat bawah tu. Berat sangat kek ni.
Sanah helwah ialah ucapan selamat hari lahir dalam bahasa arab.
Sanah bermaksud tahun , helwah bermaksud manis..Tahun manis...
Sehari suntuk diperlukan untuk menyiapkan sebiji kek khas untuk abah. Kek Chocolate Indulgence ini bersaiz 10inci. Siap2 kek, saya cubalah timbang. Ayark!! beratnya. 2.5kg. Amazing! Sangat berat unuk sebiji kek. Sebab tu saya tak dapat nak alihkan papan besi kat bawah tu. Berat sangat kek ni.
Kek yang dah siap dan bersedia untuk kejutan abah. Maaflah abah, tulisan hodoh cikit.
Kek tanpa tulisan. Cantik tak?
Kek yang telah dipotong. Tak sabar adik-beradik nak makan.
Kek belum di ganache / dihias
Sape2 nak resepi ni boleh klik kat sini
Subscribe to:
Posts (Atom)





