Thursday, 4 April 2013

Jom bercerita(Baik luaran adakah bermaksud baik dalaman?)


Kedai runcit Pak Ali

“Malam ini abi ada satu cerita. Fatimah dan Amin nak dengar tak?” Rutin harian, selepas solat maghrib berjemaah. Halaqah bersama anak-anak dan isteri. Memberi tazkirah. Semoga terdidik menjadi insan yang cintakan ilmu agama.

“Nak, abi.” Jawab mereka, serentak. Comel. Ummi pula tersenyum.

Ada sebuah kedai runcit kepunyaan Pak Ali. Pada suatu hari, lelaki A menghampiri kedai Pak Ali. Dia berpakaian kemas. Memakai kemeja. Segak penampilannya. Rambut tersisir rapi. Dia membeli barang.

Pak Ali : Semuanya lapan ringgit.
Lelaki A : Ok, ini duitnya. Terima kasih. Assalamualaikum.

Lelaki tersebut pergi, dan memberikan senyuman. Pak Ali membalas senyuman tersebut. Dia juga kelihatan gembira, sambil memuji lelaki itu. “Hensem lelaki tu. Nampak baik. Sopan santun. Anak siapa ye? Untung ibu bapanya.”

Tak lama kemudian, lelaki B menuju ke arah kedai Pak Ali. Selekeh pemakaiannya. Seluar terkoyak di lutut. Baju kotor. Rambut tidak terurus. Meluat melihatnya. Lelaki tersebut membeli sedikit barang.

Pak Ali : Semuanya enam ringgit.
Lelaki B : Ok. Nah duit.

Lelaki tersebut terburu-buru pergi. Kali ini, berbeza. Pak Ali tidak memberikan senyuman. Mengerutkan dahinya. “Hmm, teruknya lelaki tu. Selekeh. Anak siapa lah ni.”

Di penghujung jalan, kelihatan dua orang lelaki bertemu. Lelaki A dan lelaki B. Mereka bersahabat rupanya!

Lelaki A : Tak sia-sia aku pakai kemeja. Orang lebih percayakan aku. Senang juga aku nak curi barang di kedai runcit.
Lelaki B : Betul tu. Apabila aku berpakaian selekeh sebegini, ramai memerhatikan aku. Tidak berpuas hati. Seolah-olah aku pencuri.

Pengajaran disebaliknya

Cari hikmah di sebalik cerita ini. Abi tidak maksudkan bahawa lelaki berpakaian kemeja adalah jahat dan lelaki berpakaian selekeh adalah baik. Tetapi, pengajarannya adalah jangan cepat menilai seseorang berdasarkan outside appearance semata-mata.

Masyarakat kini. Mudah menilai seseorang berdasarkan outside appearance. Berjubah, berbaju melayu, berbaju kurung, terus dikatakan baik. Namun jika memakai seluar jeans, t-shirt, dinilai sebagai kurang baik. 

Boleh jadi betul, boleh jadi salah penilaian kita. Kita tidak mampu menilai inside appearance kerana kita tidak mampu membaca isi hati seseorang. Persoalannya, adakah outside appearance melambangkaninside appearance secara 100% atau total?

Tak dinafikan. First impression atau outside appearance sangat penting, terutamanya dalam urusan yang melibatkan temuduga. Interview kerja atau memohon biasiswa. Wajar untuk kita berpakaian kemas, tampil segak bergaya. Kerana apa? Bagi memberi first impression yang baik kepada penemuduga. Supaya kita menjadi benar-benar layak di mata mereka.  Berkeyakinan.

Itulah sifat manusia. Terbatas. Penemuduga tidak mampu menilai inside appearance seseorang. Boleh jadi yang hadir ke temuduga, berniat kurang baik. Jadi, kita mampu untuk berlakon baik di hadapan penemuduga. Tetapi, bagaimana dengan Allah? Adakah kita mampu berlakon baik sepanjang masa di hadapan Allah?

Tak mampu berlakon selama-lamanya

Allah mampu menilai inside appearance seseorang. Tahu niat baik dan buruk seseorang. Maka, mungkin kita boleh berlakon baik di hadapan manusia. Tetapi, kita tidak akan sesekali mampu berlakon baik di hadapan Allah!

Maka, janganlah memilih untuk berlakon menjadi baik di mata manusia. Tetapi, pilih untuk terus menjadi baik. Bukan sahaja di mata manusia, tetapi juga Allah. Boleh jadi, orang yang kelihatan hina di mata manusia, tetapi tinggi darjatnya di hadapan Allah.

Namun, jangan tersilap. Pentingnya inside appearance, bukan bermaksud outside appearance tidak penting! Mungkin ada yang berfikiran bahawa “Biarlah aku selekeh, asalkan hati aku ikhlas dan baik di hadapan Allah.” Perlu diingat bahawa kedua-duanya sama penting.

Contoh lain pula adalah dari segi beramal. Cuba periksa diri kita. Tanda riak ada 3 perkara. Malas beramal jika bersendirian. Rajin beramal jika dalam ramai. Menambah amalan jika dipuji dan menguranginya jika dicela.

Nampak baik di mata manusia, tetapi tidak di hadapan Allah. Ingatlah, menjadi baik bukan hanya boleh dibuat-buat atau dilakonkan, tetapi ianya adalah satu pilihan. Jadi, pilih untuk utamakan inside appearance dan outside appearance. Bukan hanya salah satu.

Sebagai manusia yang mempunyai sifat yang terbatas, janganlah pula kita cepat menilai seseorang berdasarkan luaran semata-semata. Selidik dahulu hati budi seseorang. Kerana, boleh jadi seseorang kelihatan baik di luar, tetapi kita tidak tahu isi hatinya. Bukan bermaksud berprasangka buruk, tetapi meletakkan satu garis panduan supaya kita lebih berhati-hati dalam menilai seseorang.

Yang mana jadi pilihan

“Ok, Amin nak jadi seperti lelaki A atau lelaki B?” Abi menimbulkan persoalan kepada Amin, supaya beliau aktif berfikir.

“Hmm, Amin tak nak jadi seperti kedua-dua lelaki itu. Amin nak jadi diri Amin sendiri. Baik luar dan dalam. Amin nak Allah sayang Amin.” Jawab Amin. Santai gayanya.

Semoga keluarga abi sentiasa berada dalam rahmat Allah. Semoga kami sentiasa ditarbiah menjadi insan yang bukan sahaja baik di luar, tetapi juga baik di dalam. Semoga Allah redha.

-dipetik dari

Saturday, 30 March 2013

Jom ke dapur (Mango Delight Cake)

Assalamualaikum, alhamdulilllah, kembali semula kita ke dapur bujang. Hari ni saya nak berkongsi satu resepi kek yang menggunakan  buah mangga. Kek ini digelar sebagai kek Mango Delight. Rupa dia seakan2 Mango Delight dalam Secret Recipe walaupun rasa dia tidak sesedapnya. Jom kita pergi melihat  resepinya..
(resepi ni pun saya ambil dekat blog2 orang lain juga, tapi terlupa blog mane...hehe..)

Resepi kek

Bahan2 kek :

6 biji telur kuning
1 sudu kecil Esen Vanilla
1 sudu kecil perwarna kuning telur
1/2 cawan gula Castor - saya guna 3 sudu besar gula aising
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak jagung
175g tepung Self -Raising (naik sendiri)
2 sudu besar baking powder -saya guna 1 sudu je

Meringue :

6 biji telur puteh
1/2 sudu kecil cream of tar tar
1/2 cawan gula castor -saya guna gula aising 3 sudu besar je

How to make :

1- Mula2 kita campurkan telur kuning, esen vanilla, pewarna, gula castor, garam, air dan minyak jagung. Gaul hingga rata.

2 - Ayak tepung dan baking powder ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sebati.

3 - Kemudian, kita buat meringue pula. Putar telur puteh dalam kelajuan yang tinggi dan masukkan gula castor.

4 - Selepas telur puteh dan mula berubah menjadi puteh, masukkan cream of tar tar. Putar hingga mejadi HARD PEAK meringue. (apabila dilingkupkan bekas, meringue tidak jatuh)

5- Panaskan oven pada suhu 170c selama 10 minit.

6 - Campurkan meringue kedalam bahan adunan  sedikit-sedikit dan gaul secara kaup balik.

7- Masukkan kedalam acuan 8inci yang telah dilapis dengan kertas minyak dan disapu marjerin.

8- Bakar dalam oven selama 40 minit.

9- Sejukkan.

10- Potong kek kepada 3 bahagian

11- letak bahagian pertama kek kedalam Adjustable Cake Mould.
      (acuan yang boleh dicabut bahagian tepinya)

12-Setiap lapisan diisi dengan mousse mango dan sedikit potongan mangga mas hitam.

13- selesai semuanya, simpan di dalam peti sejuk semalaman.(pastikan bahagian teratas ditutupi dengan mousse mango)

14- keluarkan kek dari acuan kek. Curah mango mirror ke atas kek. Sejukkan.





ni gelatin yang saya pakai. Sememangnya halal.




Bahan2 untuk Mousse Mangga.

1- 450g puri mangga  -225g 
2 - 20g gelatin - 10g-----sy gune cap HALAGEL
3 - 1/2 tsp esen mango - sy tak letak
4 - 450 g topping whipping cream(vivo) - 225g
5 - sedikit pewarna kuning

How to make: (saya buat separuh adunan je)

1- Cairkan gelatin dengan mencampurkan sedikit air panas bersamanya.
2- Putar whipping cream hingga kembang.
3- campur mangga puri bersama gelatin dan perwana kuning dan gaul rata
4 - campur mangga puri tadi kedalam whipping cream dan gaul rata.

Bahan2 untuk Mango Mirror

1- 125g air
2- 100g puri mangga
3- 45 g sugar
4- 9g gelatin powder
5- beberapa titik pewarna kuning.

How to make :

1- Cairkan gelatin dengan air panas.
2- campurkan semua bahan dan kacau rata.
3- tunggu hingga Mango Mirror sedikit pekat dan cuah ke atas kek.