Sunday, 9 June 2013

Sanah Helwah untuk abah

Sanah Helwah untuk abah saya.

Sanah helwah ialah ucapan selamat hari lahir dalam bahasa arab.

Sanah bermaksud tahun , helwah bermaksud manis..Tahun manis...

Sehari suntuk diperlukan untuk menyiapkan sebiji kek khas untuk abah. Kek Chocolate Indulgence ini bersaiz 10inci. Siap2 kek, saya cubalah timbang. Ayark!! beratnya. 2.5kg. Amazing! Sangat berat unuk sebiji kek. Sebab tu saya tak dapat nak alihkan papan besi kat bawah tu. Berat sangat kek ni.



Kek yang dah siap dan bersedia untuk kejutan abah.  Maaflah abah, tulisan hodoh cikit.


Kek tanpa tulisan. Cantik tak?


Kek yang telah dipotong. Tak sabar adik-beradik nak makan.



Kek belum di ganache / dihias

Sape2 nak resepi ni boleh klik kat sini



Wednesday, 22 May 2013

Puding Karamel







Bahan-bahan

Puding

400 ml susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur (gred C)....Suhu bilik
2 biji telur kuning (gred C)...Suhu bilik
3 titik esen vanilla

Karamel

5 sudu besar gula
2 sudu besar air


How to make :

Karamel

1- Masakkan 5 sudu gula bersama 1 sudu air. Api perlahan. Bila dah perang, masukkan 1 sudu air lagi.
2- Masak hingga perang dan masukkan dalam loyang 6 inci. Ketepikan.

Puding

1 - Kuning telur + telur + gula = kacau sebati(jangan sampai berbuih)
2 - Panaskan susu dan esen vanilla hingga 60 degree. Jangan sampai berbuih.
3 - Susu panas campur dalam adunan telur sedikit demi sedikit = kacau sebati
4 - Tuang dalam loyang karamel tadi. Tapiskan
5 - Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
6 - Boleh juga bakar dalam oven secara waterbath (bakar atas air) . Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
7 - Selepas masak, jangan buka aluminium foil. Biarkan dalam 5 minit baru buka. Sedap dimakan sejuk. Selamat mencuba.