Wednesday, 24 April 2013

Jomkedapur(Nasi Arab Maqlubah)

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu kembali...Selepas bercerpen, kita memasak pulak,...Tanpa membuang masa lagi, hari ini saya akan ajarkan kepada para hadirin hadirat sekalian satu resepi.

Resepi itu diberi nama NASI ARAB MAQLUBAH!!!....yeye.... mesti anda semua tertanya-tanya apa itu maqlubah? Maqlubah tu maksudnya TERBALIK!!!!.....nasi arab terbalik....pelik kan nama dia? Kadang-kadang nama/tajuk memainkan peranan penting dalam mengenali sesuatu perkara/benda.

Nasi Arab ini pula diberikan nama ini kerana sifatnya yang diterbalikkan selepas masak......jom kita pergi lihat resepi dia...




Nasi Arab Maqlubah

Bahan-bahan..(untuk 10 orang makan)

(A)
1 ekor ayam dipotong 10
4 cawan beras super 5%(saya guna beras Basmathi)


Rempah yang dibancuh dengan secawan air.(B)

6 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah sup(serbuk)
12 cawan air biasa



Sayur-sayuran(C)

2 batang lobak merah(potong dadu besar)
2 batang terung panjang (potong dadu besar)
2 biji kentang (potong 8)
bunga kobis dipotong sederhana besar(saya tak letak)

Cara:

Goreng dalam minyak baru hingga keperangan. Goreng asing2.







Salata(D)

2 biji timun(potong dadu)
3 biji tomato(potong dadu)
5 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa.

Cara:

Campur semua. Simpan dalam peti.


Sos(E)

5 biji cili merah
2 biji cili padi
1 biji tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan air

Cara:

1- Masukan semuanya e dala pengisar dan kisar hingga hancur. Keluarkan dan tambah garam, gula secukup rasa. Lebihkan manis untuk sos yang sedap.




Tumis(F)
5 ulas bawang merah (mayang)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (Dihiris halus)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga

Cara :

1- Panaskan 5 sudu minyak. Tumiskan bahan tumis hingga keperangan dan berbau wangi.
2- Masukkan rempah. Kacau rempah supaya tidak hangus. Tumis hingga pecah minyak.
3- Masukkan 12 cawan air ke dalam periuk. Masukkan ayam. Masak hingga mendidih dan ayam masak.
4- Masukkan garam secukupnya.


Cara masak nasi

1- Basuh beras, rendam 10minit dan toskan.(Basmati). Masukkan ketulan ayam. Susun atas bereas. Taburkan sayuran atas ayam.

2- Masukkan 8 cawan air rebusan ayam tadi e dalam periuk nasi.(kacau air rebusan setiap kali menceduk supaya remah tidak mendap)

3- Masak nasi macam biasa.

Sup

1- Masak semula air rebusan untuk dijadikan sup Tambah air, garam secukup rasa.












Saturday, 20 April 2013

Jom bercerita(kerana sebuah cinta-part 3)




Suatu pagi di rumah Aliya (imbas kembali)

"Aliya! Aliya! mari tolong ibu nak. Ibu nak cepat ni. Sekejap lagi ibu nak bersiap pergi rumah Mak Teh. Ibu akan tidur dekat sana malam nanti.

"Emm, nantilah ibu, Aliya ada hal ni. Nantilah Aliya tolong ibu!", Aliya mencari alasan. Dia memang seorang gadis yang berat tulang. Sering mencari alasan jika ibu memanggilnya.

Ting ting.....telefon bimbit Aliya berbunyi. Tanda satu mesej masuk. Aliya tersenyum. "Slmt pg, Aliya tgh buat apa tu?" mesej daripada abg Zul, teman lelaki Aliya. "Takde buat apa, baru nak tolong mak kat dapur" Aliya menekan butang send membalas mesej abg Zul.

"Ish anak dara aku sorang ni, pemalas betul la, suruh sikit tak boleh, asyik duduk terperap dalam bilik je," ibu Aliya bermonolog.

Assalamualaikum.. Tiba-tiba satu suara datang dari pintu hadapan rumah. Kelihatan Aisyah dan Nur berdiri di hadapan rumah. "Eh, Aisyah, Nur.. jemputlah masuk." pelawa ibu Aliya.
"Eh, takpelah mak cik. Kami ada urusan kat bandar. Kami nak jumpa Aliya sekejap je, dia kata nak kirim sesuatu," Aisyah menolak pelawaan ibu Aliya dengan penuh lemah lembut. "Sekejap ye, nanti makcik panggilkan Aliya, ALIYA! ALIYA! AISYAH DATANG NI!" jerit ibu Aliya sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Aliya bergegas keluar dari bilik menuju ke hadapan rumah. "Aisyah, kau belikan buku ni ye, saya nak hadiahkan kat seseorang," kata Aliya sambil tersenyum riang. "Aliya....mana tudung kamu?" tanya Aisyah. "Ish, tak payah risaulah pasal tudung, saya keluar rumah kejap je ni. Takde orang pandang pun." jawab Aliya. "Aliya.. dah berapa kali saya bagi nasihat, keluar rumah tutup aurat, bila-bila masa je lelaki ajnabi akan melalui kawasan ni," nasihat Aisyah pada Aliya. "Biarlah, rambut saya cantik, kenapa nak tutup, biarlah lelaki tengok, rambut awak mesti hodoh kan Aisyah, sebab tu awak sentiasa menutupnya.haha.." kata Aliya dalam nada bergurau yang agak kasar.

 "Rambut cantik atau hodoh itu semua ciptaan Allah, tapi perintah menjaganya dari pandangan bukan mahram diwajibkan atas kita semua. Rambut hodoh pun diwajibkan tutup, apatah lagi rambut secantik kamu wahai puteri Aliya", Aisyah tidak mudah diganggu emosi, dia tetap tenang dan terus menasihati sahabatnya secara berhikmah.

"Baiklah, saya pergi dulu Aliya, nanti terlambat pula, kirim salam dekat makcik, Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam," jawab Aliya.


Part 2


Rumah Aisyah


"Jemputlah masuk Aliya. Jangan malu-malu, abi tak ada. dia pergi ke surau solat Asar. Dahlah, jangan bersedih lagi, sesuatu yang berlaku pasti ada hikmatnya." kata Aisyah sambil menarik tangan Aliya menuju ke dalam sebuah bilik.

"Ni bilik saya dengan Nur. Tapi, malam ni Nur tidur dengan ummi, jadi Aliya bolehlah tidur kat atas katil Nur." terang Aisyah secara jelas.

"Terima kasih Aisyah, saya nak menangis puas-puas malam ni." jawab Aliya.

"Dahlah Aliya, kenapa nak dikenang peristiwa yang dah berlalu, sekarang, fikir apa yang kamu nak lakukan pada masa hadapan, change your mind Aliya, jadikan masalah yang kamu hadapi ini sebagai baja yang akan menyuburkan diri kamu, dan bukannya racun yang merosakkan tubuh," Aisyah cuba membantu Aliya mengawal emosinya. Dia cuba memberi semangat kepada Aliya.

Selepas solat Isyak berjemaah, mereka sekeluarga makan malam bersama. Seusai makan, Aisyah ke dapur untuk membasuh pinggan, manakala Nur dan Aliya pula mengemas meja makan. "Mari akak bawa pinggan ni ke dapur Nur," Aliya menawarkan diri. Dia berubah rajin ketika berada di situ. Adakah berpura-pura ataupun ikhlas daripada hatinya. Wallahua'lam, hanya Allah yang tahu. Ketika menghantar pinggan ke sinki dapur, dia memandang rambut Aisyah,"MasyaAllah, cantiknya rambut Aisyah, tidak pernah saya lihat rambut perempuan secantik macam tu, rambutnya seakan-akan bersinar, lembut dan terurus rapi," Aliya bermonolog apabila melihat rambut Aisyah yang terurai.

"Aisyah, ini pinggannya, saya letak di sini ye..." kata Aliya. "Ye, letak je di situ, nanti Aisyah basuh"

Sekali lagi Aliya terkejut melihat lengan Aisyah, selama ini dia tidak pernah melihat lengan Aisyah kerana seringkali ditutup kemas. Sungguh putih dan bersih. "Silap sangkaan saya selama ini yang menyangka lengannya gelap, rupanya saya lebih gelap  daripadanya, ya Allah, adakah ini rupa sebenar wanita solehah? Kenapa aku tidak pernah terfikir mengenainya? Kenapa diriku jauh terpesong dari ajaran sebenar Islam? Ya Allah, ampunilah segala dosaku," Tanpa sedar, Aliya menitiskan air mata keinsafan. Barulah dia sedar yang kewajipan menutup aurat bukannya untuk menutup kehodohan seorang wanita, tetapi menutup kecantikan sebenar hiasan dunia agar tidak tercemar dari pandangan nafsu kaum lelaki. Begitu indah hukum Allah.

Mulai hari itu, dia nekad untuk berubah. Aliya banyak merujuk pada Aisyah mengenai hal ehwal wanita. Kesopanan dan cara hidup seorang muslimah. Dia mulai rajin menolong ibunya, keimanan dalam diri mengubah segalanya, sikap dan emosinya lebih terkawal.

Hari yang dinanti-nanti telah tiba, hari di mana Aisyah dan Aliya akan menyambungkan pelajaran masing-masing. Aisyah akan menyambung pelajaran dalam bidang pengajian Islam, manakala Aliya pula dalam bidang Pendidikan.

bersambung......
Part 4

Part 2
Part 1